Buletin

IMEJ HONDA CIVIC JALANI SESI UJIAN DI JERMAN TERSEBAR

Tidak lama selepas Honda mengeluarkan teaser, muncul pula imej model produksi Civic yang dirakam jurugambar ketika menjalani sesi ujian di Jerman.

Dibaluti pelekat penyamaran, sedan terbaharu ini menampilkan rekaan yang lebih formal berbanding model lampu ketam.

Rekaan bahagian hadapan didatangkan gril lebih lebar yang diapit lampu baharu dan lampu kabus berbentuk bulat.

Menjejaki bahagian belakang pula, cermin dan garis badan tidaklah adventurous mana.

Ia turut didatangkan skirt aerodinamik dan lampu belakang lebih mengancam berbanding model terdahulu.

Ada yang kata lampu belakang Civic baharu ini menyamai Proton Saga. Betul ke tu? Nanti boleh bandingkan yee.

Dengan gambar-gambar yang tersebar, peminat Honda kemungkinan sudah boleh membayangkan bagaimana rupa paras Civic ini.

Begitupun, apa yang menjadi misteri, enjin apa yang bakal digunakan pada jentera baharu ini.

Apa pun persoalan, ia tidak akan kekal lama kerana Honda Civic prototaip ini akan diperkenalkan secara rasmi pada 17 November nanti manakala model produksi dilancarkan pada tahun hadapan. – carscoops.

Google ads
Back to top button