Buletin

USTAZ EBIT LEW TAMPIL BANTU PEMANDU BAS/VAN SEKOLAH. EH, DIA TAKDE JAWATAN POLITIK KAN?

COVID-19 memberi impak yang sangat besar kepada kebanyakan rakyat di negara ini.

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada Mei, sebelum disambung dengan PKP Pemulihan dan sekarang PKP Bersyarat membuatkan ramai hilang arah apabila tiada lagi punca pendapatan.  

Antara golongan yang paling terkesan dengan PKP ialah pemandu bas dan van sekolah. Apabila sekolah ditutup, secara automatik mereka tiada pelanggan langsung. Malah, mereka sudah hilang punca pendapatan selama lebih enam bulan.

Bayangkan tiada wang yang masuk dalam tempoh begitu lama, duit simpanan pun pasti semakin kering untuk membiayai keperluan harian.

Faham tentang kepayahan itu, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew tampil membantu mereka. Dalam satu posting di laman Facebook miliknya, beliau menghadiahkan sedikit barang dapur untuk 250 orang pemandu.

Berikut adalah posting asal Ustaz Ebit Lew:

“Sayu sebak petang ini bila driver bas dan sekolah minta bantuan. Saya hadiahkan. Saya pack dari Elewsmart tadi. Ada beberapa orang saya beri sedikit duit belanja. Sedih rasa, tahun 2020 cuma 6 bulan ada pendapatan. 6 bulan lagi langsung tiada pendapatan.

6bulan nak tampung setahun. Macam mana untuk kelangsungan hidup. Ramai yang jadi grab food, food panda dan jual kueh dan berniaga kecil-kecilan. Tengah zaman hari ini nak mulakan perniagaan bukanlah senang. Ya Allah. Syarikat besar pun banyak tutup.

Tengok mereka macam abang kakak. Ayah mak kita sendiri. Tengok ramai juga kakak-kakak driver van dan bas sekolah. Kasihan mereka. Ya Allah. Ramai ucap terima kaseh. Mereka minta doa dan semangat untuk teruskan hidup. Ya Allah. Terasa macam keluarga sendiri. Ramai juga nak bergambar tadi.

Tanpa mereka. Susahnya mak ayah nak nak urus anak-anak ke sekolah. Kini semua mak ayah bekerja. Mereka memudahkan agar anak kita menjadi orang mulia dan berjaya.

Kini waktu ujian mereka pula. Marilah kita doakan dan cuba bantu mereka walau sedikit. Semoga Allah terima usaha kecil kita.”

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bersyukurlah dengan setiap rezeki yang kita terima. Bantulah mereka yang memerlukan sekiranya kita mampu.

Berdoa juga supaya kita boleh jadi kaya dan menjadi manfaat kepada orang lain. Amin…

GALERI

Google ads
Back to top button