Buletin

HONDA CIVIC EG TAPAU NISSAN GT-R DI LITAR DRAG. BETUL KE NI?

Pada kebiasannya, Nissan GT-R tidak berdepan sebarang masalah memecut meninggalkan lawan di litar drag.

Begitupun, bukan perkara biasa dapat menonton jentera dikenali sebagai Godzilla ini mendapat cabaran sengit daripada Honda Civic hatchback dengan sistem pacuan roda hadapan seperti di dalam video di bawah.

Menurut video berkenaan, hatchback kustom berkenaan mendapat khidmat enjin K20 dengan turbocharger S300SX-E dan camshaft Drag Cartel.

Dengan peningkatan 31 psi, setup ini mampu menjana kuasa melebihi 700 hp yang disalurkan melalui transmisi manual transaxle lima kelajuan.

Modifikasi tersebut didakwa menjadikan Honda Civic tersebut antara 70 jentera pacuan roda hadapan terlaju di Eropah.

Masih tidak percaya Honda Civic hatchback ini mampu meninggalkan Nissan GT-R. Ya, Honda Civic berkenaan meroket di litar drag Santa Pod Raceway, United Kingdom.

Jentera berkenaan mencatat masa 9.539 saat jauh meninggalkan GT-R dengan catatan masa 10.460 saat. Godzilla tewas dengan hatchback keluarga pacuan roda hadapan!!!

Kemungkinan besar Nissan GT-R terbabit tidak melakukan sebarang modifikasi kerana sebelum ini terdapat jentera sport itu pernah mencatat masa kurang daripada tujuh saat.

Ataupun, pemandu jentera kurang berpengalaman dalam perlumbaan drag? – carbuzz

Google ads
Back to top button