Buletin

CUPRA FORMENTOR JADI KERETA RASMI PERTAMA KELAB BARCELONA

Siapa yang tidak mengenali kelab bola sepak Barcelona. Melahirkan ramai bintang dunia yang menggegar pentas bola sepak dunia.

Antara bintang yang pernah menyarung jersi kelab Catalan termasuk Ronaldo, Ronaldinho, Johan Cruyff, Carles Puyol, Andres Iniesta, Samuel Eto’o, Diego Maradona dan banyak lagi.

Biarpun, nama kelab bola sepak Barcelona begitu gah di dunia, belum ada pengeluar kereta yang pernah dinobatkan sebagai model ‘kereta rasmi pasukan ini’.

Sehingga kini, gelaran tersebut berjaya dipecahkan coupe Cupra Formentor SUV.

Siapa yang mengikuti perkembangan automotif serta bola sepak tentu mengetahui jenama SEAT menjadi rakan rasmi Automotif dan Mobiliti kelab Barcelona pada tahun lalu.

Kedua jenama ini membawa dimensi baharu dalam jalinan kerjasama tersebut dengan menjadikan model Cupra Formentor sebagai model pertama kereta rasmi kelab legenda Barcelona.

Mungkin ada yang bertanya adakah bintang-bintang kelab akan memandu kereta ini? Tidak semestinya.

Ia berikutan Cupra Formentor akan digunakan sebagai kegunaan institusi kelab berkenaan sebagai sebahagian daripada kerjasama tersebut.

Bagi pemain yang ingin menggunakan jentera ini, mereka diberi pilihan untuk kustom kereta mengikut keinginan masing-masing.

Salah seorang pemain yang melahirkan keinginan untuk menggunakan kenderaan Cupra Formentor ialah penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen. Dia merupakan duta kepada Cupra Global.

Apa yang ingin dicapai oleh Cupra melalui langkah pemasaran ini adalah memupuk kesedaran terhadap model terbaharu Cupra Formentor.  – carscoops

Google ads
Back to top button