SEAT BUAT MOTOR, MÓ eScooter 125 GUNA KUASA ELEKTRIK
Amat menarik bagaimana pengeluar kereta merancang dan melaksanakan strategi masing-masing dalam industri yang sudah berada di dalam fasa elektrifikasi.
Selain itu, industri automotif juga menggunakan terma mobiliti yang merangkumi pelbagai aspek pengangkutan dalam kehidupan sehari-hari.
Sebagai contoh SEAT, pengeluar kereta dari Sepanyol yang kini meluaskan portfolio dan menawarkan motosikal elektrik SEAT MÓ eScooter 125.
SEAT MÓ adalah bahagian khusus di bawah SEAT dalam bidang mobiliti urban.
SEAT MÓ eScooter 125 adalah motosikal elektrik pertama syarikat yang direka untuk memberi kemudahan buat pengguna yang bergerak di dalam bandar yang sesak.
Tahukah anda Barcelona di Sepanyol merupakan bandar dengan jumlah motosika per kapita tertinggi di Eropah?
Senario tersebut menjadikan Barcelona sebagai lokasi sempurna untuk meneruskan tradisi mobiliti dua roda dengan menawarkan motosikal kuasa elektrik yang mempunyai ciri lestari dan memenuhi keperluan masa depan.
SEAT MÓ eScooter 125 dikuasakan motor elektrik brushless dengan output 7kW dan kuasa puncak 9kW manakala tork setinggi 240Nm.
Kapasiti bateri ialah 5.6kWh dengan berat 41 kg. Kelajuan maksimum boleh mencecah 95 km/j dan jarak tunggangan sehingga 137 km.
Tempoh pengecasan pula mengambil masa di antara enam hingga lapan jam.
SEAT MÓ eScooter 125 dijadual untuk memasuki pasaran Sepanyol terlebih dahulu pada November 2020 dan akan dilancarkan di pasaran utama Eropah pada awal tahun 2021.
Skuter elektrik ini boleh dimiliki dari harga EUR6,250 atau bersamaan RM30,310. Satu angka tinggi jika dijual di negara membangun dan secara amnya adalah inisiatif permulaan yang wajar disambut positif di Eropah.
BACA: INI CARA SEAT CAT KERETA – 6 JAM BARU SIAP!
BACA: SEAT GUNA DRON HANTAR KOMPONEN KERETA, JIMAT MASA
BACA: TAHUKAH ANDA KOTAK GEAR MANUAL MQ281 DIKELUARKAN OLEH SEAT, BUKAN VW