Artikel Pilihan

TEMPAT DUDUK TERBARU VOLVO ADALAH MUSUH PERNIAGAAN PAKAR RAWATAN TULANG BELAKANG AS – PULAK DAH

Volvo baru-baru ini menjadi syarikat pengeluar kenderaan pertama yang menerima kelulusan rasmi dari American Chiropractic Association (ACA). Pengesahan tersebut ialah khusus untuk tempat duduk terbaru Volvo yang ergonomik dan dipasang pada semua model keluaran mereka dari Mei 2022 hingga Mei 2023.

Laman web ACA menjelaskan yang mereka merupakan pertubuhan pakar rawatan tulang belakang (kiropraktik) terbesar di AS dan dianggotai oleh pakar-pakar terbaik dalam bidang mereka.

Laman web CarBuzz membandingkan Volvo sebagai Colgate keluaran terbaru. Cuma berbeza dari Colgate yang disyorkan oleh sembilan dari sepuluh pakar pergigian, Volvo disyorkan oleh kesemua sepuluh pakar kiropraktik secara sebulat suara walaupun ia akan menjejaskan pendapatan mereka. Ooo letih jugak macam tu.

Nampak macam remeh kan tapi ini isu serius sebenarnya. ACA hanya mengeluarkan kelulusan tersebut selepas melakukan beberap analisa, ujian, penilaian dan ulasan dari beberapa orang pakar kiropraktik. Selepas itu barulah kelulusan diberikan oleh pihak berkuasa ACA.

Menurut Volvo Car USA, tempat duduk rekaan mereka tidak akan sesekali mengorbankan keselesaan dan keselamatan sewaktu di atas jalan raya. Bukan titu sahaja, ia juga mesti sangat bergaya sama seperti kemasan perabut dalam kafe bertaraf tinggi di Sweden.

Sejarah pembuatan tempat duduk Volvo tidak perlu dipersoalkan lagi. Malah mereka bertanggungjawab memperkenalkan tali pinggang keledar 3-point yang berjaya menyelamatkan banyak nyawa sehingga kini.

Volvo kemudian memperkenalkan sistem tempat duduk yang mampu mengurangkan kecederaan kepala dan badan selain menyerap impak sewaktu kemalangan. Malah tempat duduk Volvo juga dilengkapi dengan sistem perlindungan sisi yang terbaik.

Bukan itu sahaja, sebelum tempat duduk baharu Volvo dikeluarkan mereka akan bekerjasama dengan pakar-pakar ortopedik untuk memastikan keselesaan dan sokongan menjadi perkara pokok. Cantik saja tapi tak selesa nak buat apa.

Selepas ini Volvo akan menghentikan pembuatan tempat duduk berasakan kulit dan digantikan dengan bahan kitar semula seperti dari botol minuman dan gabus dari botol minuman keras. Err tak mabuk ke pemandu lepas ni? Jangan bimbang tak masalah punya kecuali kalau dah dasar kaki botol.

Berbeza kan dari tempat duduk kereta marhain yang kita pakai setiap hari. Asal balik kampung je terus kena pergi jumpa Pak Mat tukang urut untuk betulkan balik tulang belakang yang dah terkehel. Sabar je lah wahai bangsa Mekanika semua.

Google ads
Back to top button