Buletin

SEAT CUPRA E-RACER – 680PS & GUNA MOTOR ELEKTRIK!

Bila membaca tentang perkembangan kenderaan elektrik (EV) timbul juga rasa bosan dan perasaan adakah ini masa depan kenderaan?

Betulkah nanti kenderaan masa depan akan senyap sunyi tanpa bunyi ekzos dan parkir kereta akan dipenuhi dengan pengecas? Kemudian majoriti kereta akan berjuntai kabel pengecas ibarat telefon bimbit?

Mungkin sukar hendak dibayangkan di negara yang masih kekurangan fasiliti elektrik tetapi ia bakal menjadi kenyataan di negara maju yang lengkap dengan infrastruktur dan desakan undang-undang serta orang awam.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Akan tetapi sesuatu yang menggiurkan tentang EV ialah kuasa enjin luar biasa. Video pecutan di media sosial di antara EV dan kereta biasa boleh membuktikan ini.

Bagaimana pula jika pengeluar menghasilkan kereta biasa dengan nadi kuasa elektrik? Itu yang dilakukan oleh SEAT apabila membangunkan CUPRA e-Racer dengan kuasa 100 peratus elektrik. 

Kereta itu bukan dibina khas untuk dijadikan EV seperti Nissan LEAF atau Tesla, ia sebenarnya adalah kereta lumba Cup Racer yang diubahsuai kepada kereta lumba EV.

Sejak 2014, SEAT adalah rujukan utama dalam TCR International Series melalui model Leon Cup Racer dan SEAT Sport turut dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan model lumba dalam Kumpulan VW seperti Audi RS3 LMS dan Volkswagen Golf GTI TCR.

CUPRA e-Racer yang dihasilkan ini mempunyai beberapa keunikan tersendiri. Motor elektrik lebih ringkas dan tidak banyak penyelenggaraan diperlukan dan ia memberikan kuasa serta-merta.

Selain itu tenaga kinetik boleh dihasilkan melalui proses pembrekan dan pengurangan kelajuan untuk membekalkan kuasa. 

Pecutan juga dapat diraih dengan pantas sebaik sahaja pedal ditekan dan pemandu tidak perlu untuk menunggu sehingga ke tahap rpm tertentu bagi mencapai kuasa maksimum. Di atas sebab itu juga, kotak gear bukan lagi menjadi keperluan.

Berapakah kuasa CUPRA e-Racer ini?

300 kW kuasa berterusan dan sehingga 500 kW atau 680 PS pada prestasi puncak dengan hanya satu gear dan dipadankan bersama Torque vectoring dan cengkaman roda belakang. 

Kelajuan maksimum CUPRA e-Racer pula ialah 270 km/j dengan pecutan dari 0 hingga 100 km/j hanya mengambil masa 3.2 saat sahaja. Pecutan dari 0 hingga 200 km/j pula mengambil masa 8.2 saat.

Setakat ini tiada lagi perlumbaan kereta penumpang elektrik seperti BTCC atau WTCC dan oleh itu di mana CUPRA e-Racer ini akan digunakan?

SEAT akan membawa kereta ini untuk pameran dan demonstrasi keupayaannya sepanjang 2018 dan satu perlumbaan penuh untuk EV penumpang akan diadakan pada tahun 2019.

Hebat sebab perlumbaan kereta penumpang biasanya lebih dramatik dan mengujakan berbanding perlumbaan kereta formula. Cuma… bunyi ekzos perlu dramatik dan letup-letup.

BACA: INI PERBANDINGAN DI ANTARA KERETA LUMBA SEAT DAN MOTOSIKAL DUCATI MOTOGP

Tags
Google ads
Back to top button