Artikel Pilihan

INI KOS SERVIS GR YARIS, MEMANG MURAH BETUL. MACAM SERVIS AXIA JERRR

GR Yaris merupakan sebuah kereta kompak homologasi yang dihasilkan oleh Toyota khusus untuk perlumbaan rali WRC. Untuk pasaran seluruh dunia, hanya 20,000 unit sahaja yang dihasilkan menjadikan kereta ini antara kereta Toyota yang menjadi idaman disebabkan ia sangat jarang untuk dijumpai

UMW pula membawa masuk sebanyak 200 unit sahaja untuk dijual secara rasmi dalam varian Performance Pack dan lengkap dengan semua aspek serta ciri-ciri keselamatan terkini. Namun bagi peminat GR Yaris yang tidak sempat membeli di saluran rasmi Toyota, GR Yaris masih dijual secara terpakai sebagai unit recon.

Semakan kami terhadap kos penyelengaraan GR Yaris jika dibuat di pusat servis rasmi Toyota sebenarnya tidaklah mahal sangat. Malah kami mendapati harga alat ganti, minyak pelincir dan lain lain komponen masih dijual dengan harga mampu milik.

Berikut ialah kos alat ganti dan cecair pelincir Toyota GR Yaris

1. Minyak enjin – menggunakan minyak enjin Toyota Genuine Motor Oil SP GF-6A 0W-20 GR Toyota Yaris dalam kuantiti 4 liter. Ia dijual dengan harga RM 246.15 untuk sebotol, masih lagi berbaloi untuk minyak sintetik penuh

2. Minyak gear manual – atau juga disebut Manual Transmission Gear Oil dijual dengan harga RM 21.80 sebotol. Anda memerlukan 2 botol minyak ini untuk setiap kali servis

3. Sistem GR-Four – memerlukan anda melakukan servis iaitu menukar cecair pelincir yang digunakan dalam sistem. Bagi GR-Yaris, minyak Differential Gear Oil berharga RM 51 sebotol manakala Transfer Gear Oil pula berharga RM 51.30 sebotol.

4. Sistem brek dan klac – semasa servis major(40,000km, 80,000km dan 120,000km), minyak brek akan ditukar sebanyak 2 botol dengan setiap botol minyak brek berharga RM 15.50. Malah Clutch Fluid juga akan ditukar ketika ini dengan harga RM 15.50. Kopi setarbak lagi mahal wei.

5. Penapis minyak enjin – akan ditukar pada setiap 10,000km dengan kos RM 38.60 dan penulis rasa ia merupakan harga yang sama bagi kebanyakan model Toyota. Contohnya alat ganti lain seperti Drain Gasket hanyalah RM 2.80, Rear Differential Drain Gasket RM 2.70 dan Manual Transmission Drain Gasket RM 3.60

6. Engine Air Filter – atau penapis udara enjin pula akan ditukar pada setiap servis major berharga sekitar RM 199.20. Pada pandangan penulis, ia mungkin komponen yang paling mahal bagi GR Yaris

7. Palam Pencucuh – disebabkan enjin ini adalah enjin prestasi tinggi, enjin G16E-GTS menggunakan palam pencucuh yang dihasilkan daripada logam Iridium. Kos setiap palam pencucuh ialah RM 132.40 dan harga satu set (3 unit) palam pencucuh ini ialah RM 390.00 selepas diskaun

8. Cecair Penyejuk Enjin – dinamakan sebagai Super Long Life Coolant sebab cecair penyejuk enjin ini hanya perlu ditukar pada setiap 160,000km dengan kos RM 106.50. Anda perlu menukar sekali Coolant Radiator Drain Plug dengan harga RM 9.40

9. Kos kos lain yang tidak dinyatakan dalam jadual ini adalah seperti kos servis tayar yang melibatkan penjajaran, imbangan dan rotation yang biasa dilakukan pada setiap 10,000km. Jika tidak salah penulis, anda juga perlu melakukan servis penyaman udara pada setiap 30,000km

10. Buat masa ini kami tiada maklumat berkenaan alat ganti lain yang biasa ditukar seperti pelapik brek depan dan belakang, penyerap hentakan dan Serpentine Belt. Jika anda ada maklumat berikut, boleh komen di bawah.

Google ads
Back to top button