
EPMB-GWM MALAYSIA JALIN KERJASAMA – PASANG MODEL GWM TERPILIH SECARA TEMPATAN
EP Manufacturing Berhad (EPMB) melalui anak syarikatnya, PEPS-JV (Melaka) Sdn. Bhd. baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Great Wall Motor Sales Malaysia Sdn. Bhd. (GWM Malaysia), anak syarikat Great Wall Motor Co., Ltd. (GWM).
EPMB dan GWM Malaysia bekerjasama untuk memuktamadkan perjanjian dalam tempoh tiga bulan akan datang dengan tujuan memberi peranan penting kepada EPMB untuk memasang model-model GWM yang terpilih secara tempatan.
“Kerjasama ini merupakan langkah strategik ke arah memajukan pemasangan kenderaan tempatan, sejajar dengan visi kerajaan Malaysia untuk meningkatkan keupayaan automotif.

“Jika kedua-dua pihak mencapai persetujuan tersebut, EPMB menjangkakan untuk memulakan kerjasama ini bermula 2024,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB, Ahmad Razlan Mohamed.
Tambahan, pengeluaran kenderaan GWM EPMB dijangka meningkat secara berperingkat setiap tahun dan disasarkan mencecah 20,000 unit menjelang 2028.
Kerjasama ini dijangka memainkan peranan penting dalam rancangan GWM Malaysia di rantau ASEAN untuk terus mewujudkan kehadiran pasarannya dengan rangkaian infrastruktur jualan, servis selepas jualan serta penyelenggaraan yang komprehensif.
- BACA: BELI ORA GOOD CAT DENGAN PELAN PENUKARAN MUDAH GWM MALAYSIA
- BACA: GWM RAI PENGELUARAN KE-500,000 MENERUSI GWM CANNON
- BACA: GWM CANNON KINI TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, 66 UNIT TERSEDIA, ANGGARAN HARGA RM127K
- BACA: GWM DEDAH ORA GOOD CAT WARNA HIJAU PISTACHIO. 20 UNIT HABIS DIJUAL, VARIAN 500 ULTRA SAHAJA







