Artikel Pilihan

INILAH HASIL KOLABORASI SUNG KANG DAN VEILSIDE – NISSAN Z WIDEBODY

Aktor terkenal Sung Kang yang terkenal dengan watak Han dari filem Fast and Furious telah berkolaborasi dengan syarikat Veilside dari Jepun untuk menghasilkan Nissan Z custom khas untuk Tokyo Auto Salon 2023. Ini Han yang original okey bukan Hans copyori tu.

Rekaan Nissan Z ini mengimbau kembali Mazda RX-7 dengan kit Veilside yang dipandu Han dalam filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Ia menampilkan warna yang agak sama cuma terlebih oren kami rasa, fender lebar, rim yang menonjol dan rekaan hadapan yang lebih garang.

Video ini dirakamkan oleh jurugambar professional Larry Chen dan Road & Track yang melihat sendiri keunikan kereta ini dah usaha yang dicurahkan untuk menghasilkan kereta yang sangat berbaloi untuk membintangi filem seperti Fast and Furious.

Saksikan sendiri video ini dan korang akan dapat saksikan betapa mendalamnya proses modifikasi yang dilakukan oleh Veilside. Tengok sahaja kemasan dalamannya yang menggunakan fabrik khas Veilside dengan tempat duduk Bride siap dengan logo Veilside diatasnya.

Bodykit sehebat ini tidak datang dengan harga murah dan menurut sumber dari Veilside keseluruhan kit luaran kereta ini bernilai sekitar USD14,000 (bersamaan dengan RM60,000!). Mak aih, boleh dapat Myvi sebiji tu. Tak kisahlah, Sung Kang tu kaya bukan macam kita.

Google ads
Back to top button