
SEGALANYA TENTANG TOYOTA VIOS 2023 SERBA BARU. 105 KUASA KUDA, TOYOTA SAFETY SENSE
Vios merupakan satu model yang penting bagi Toyota, dihasilkan khusus bagi negara membangun seperti Taiwan, Indonesia, Malaysia dan Asia Tenggara secara umumnya. Ia direka bagi menggantikan model Corolla untuk sedan kompak dalam segmen B semenjak tahun 2002. Malah di sesetengah negara ia dijadikan sebagai teksi disebabkan tahan lasak dan menjmatkan bahan api.
Menjelang tahun 2023, Vios serba baru dengan kod AC100 diberitakan akan mula dipasarkan di Malaysia bagi menggantikan model Vios XP150. Berikut ialah perincian model Vios serba baru untuk tahun 2023.
1. Cesi DNGA- model XP150 merupakan cesi yang lama yang digunakan semenjak tahun 2013 lagi akan digantikan dengan cesi Daihatsu New Global Architecture yang sama digunakan oleh Perodua Alza dan juga Perodua Ativa

Antara kelebihan utama ialah jarak antara roda dipanjangkan lagi daripada 2550mm kepada 2620mm bagi menawarkan ruang dalaman yang lebih luas. Kami tiada data berkenaan dengan keluasan ruang kargo, tapi kami percaya ia lebih daripada 506 liter daripada model lama
2. Dimensi – dari segi saiz Vios baru datang dengan panjang 4425mm, lebar 1740mm dan tinggi 1480mm. Sebagai perbandingan Honda City adalah lebih besar dengan panjang 4553mm, lebar 1748mm dan tinggi 1467mm dan jarak antara roda 2600mm
3. Trenkuasa- bagi pasaran Indonesia, ia ditawarkan dengan enjin 4 silinder 2NR-VE 1500cc yang menjana 105 kuasa dan 138Nm tork pada 4200 RPM. Bagi pasaran Thailand, ia hanya ditawarkan dalam varian 1200cc 4 silinder 3NR-VE yang menjana 93 kuasa kuda dan 110Nm tork dibawah skim Eco Car.

Untuk pasaran Thailand dan Indonesia, ia dipadankan dengan transmisi Super CVT-i (berdasarkan brosur) yang dipadankan dengan pilihan gear manual 7 kelajuan maya (ratio 2.8-0.45). Namun untuk pasaran Malaysia, salah satu calon untuk transmisi ialah gear Dual Mode-CVT yang telah digunakan untuk model Myvi, Ativa dan juga Alza
4. Rekaan luar – berbeza dengan Vios generasi ketiga, Vios genrasi ke empat tampil dengan rekaan fastback dimana ciri yang dikenalpasti ialah hujung bahagian bumbung terus bersambung dengan hujung bahagian penutup pintu kargo di belakang.
Bahagian depan pula mengambil rekaan Camry dengan rekaan lampu dan jeriji depan yang besar. Untuk pasaran Indonesia, kebanyakan model menggunakan rim bersazi 16 inci dan hanya varian TSS sahaja yang menggunakan rim 17 inci dan dibalut dengan tayar bersaiz 205/50

5. Cesi – antara pembaharuan yang diterima ialah stering dengan ciri telekopik dan boleh diubah ketinggian, brek belakang cakera, brek parkir elerktrik dengan ciri AutoHold. Sama seperti Vios generasi ke 3, Vios terbaru juga menawarkan 3 mode pemanduan samaada Eco, Normal dan juga Power
6. Ruang Dalaman – rekaan dalaman dihasilkan sama seperti model Corolla menampilkan rekaan yang lebih ringkas tapi pada hemat penulis lebih mewah dan menawan. Bagi varian tertinggi, Vios menawarkan papan pemuka yang dibalut dengan permukaan lembut dan juga elemen krom sebagai elemen utama serta skrin utama yang nipis seperti Mazda dan Audi
Tapi bagi pembaca yang arif, mereka akan perasan yang rekaan stering dan paparan meter adalah sama seperti Alza dan juga Ativa. Ini menunjukkan pembangunan bersama yang dilakukan antara kumpulan Toyota dan juga penjimatan dalam pembangunan komponen

7. Lebih mewah – antara ciri yang menjadi kegemaran penulis ialah Toyota tidak lagi kedekut dalam menghias ruang dalaman kereta mereka. Sebagai contoh Toyota Vios diberikan lampu kabin LED dengan pilihan 64 warna yang boleh diubah, 4 poin mengecas USB, dan juga pembesar suara dari jenama Pioneer bagi varian paling mahal
8. Toyota Safety Sense – antara ciri keselamatan yang dipakejkan dalam sistem ini termasuklah Sistem pemanduan adaptif, sistem amaran pra-perlanggaran, brek pra-perlanggaran, front departure alert, Lane Departure Warning & Prevention, Pedal Misoperation Control, Sistem Amaran Titik Buta, Sistem Amaran Lintasan Belakang, dan Automatic High beam
9. Moden- Vios 2023 turut menerima skrin terapung bersaiz 9 inci lengkap dengan sambungan Apple Car Play dan Android Auto, paparan meter digital sama seperti Alza dan Ativa, penyaman udara dengan air purfier, dan kamera 360 darjah

10. Harga – untuk pasaran Indonesia & bagi varian termurah, Vios Varian E ditawarkan dengan harga mencecah RM 90,000. Varian G pula ditawarkan pada harga RM 101,000 dan meningkat kepada RM 105,000 bagi varian lengkap dengan sistem Toyota Safety Sense