
NISSAN Z NISMO TERAWAL HABIS DALAM 60 MINIT DI AUSTRALIA!
Penangan Nissan Z NISMO di Australia begitu hebat sehingga kumpulan pertama habis dijual dalam tempoh tidak sampai 60 minit!
Kumpulan pertama dihadkan kepada 100 unit dengan separuh dikhususkan buat pembeli sedia ada yang sedang menunggu penghantaran dan mahu menukar Z atau Z Proto mereka.
Baki 50 unit ditawarkan di dalam laman web Nissan Australia pada 10 Ogos bermula jam 11 pagi.
Hanya 11 minit diperlukan untuk 22 unit terawal di tempah dan meningkat kepada 40 unit pada 11.30 pagi. 10 unit terakhir selesai ditempah pada pukul 11.53 pagi.
Pelanggan boleh memilih spesifikasi Z NISMO melalui dalam talian. Di antaranya pilihan warna Black Diamond Metallic, Brilliant Silver dan Everest White dengan bumbung Super Black.
Lagi warna kombinasi ialah Stealth Gray dengan bumbung hitam.
Selepas itu pelanggan diminta memasukan nama pengedar Nissan yang menjadi pilihan dan meletakkan bayaran tempahan sebanyak 1,000 dolar (RM2,996).
Bagaimanapun, dengan jumlah yang terhad bayaran itu belum lagi menjamin pembelian dan boleh dipulangkan sebelum kontrak penjualan ditandatangan.
Setiap pelanggan hanya boleh menempah seunit Z NISMO sahaja dan tidak layak untuk pihak ketiga yang ingin menjualnya semula.
Pelanggan yang berjaya akan dihubungi oleh pengedar bagi mengesahkan pembelian mereka. Nissan Z NISMO ditawarkan di Australia pada harga (MSRP) 94,000 dolar (RM281,850).
Spesifikasi Nissan Z NISMO Australia:
- Kuasa ditingkatkan kepada 414 hp (+14.75hp) dan 520Nm (+45Nm) berbanding Z standard
- Transmisi automatik sembilan kelajaun talaan NISMO dengan pedal gear
- Kit luaran dan dalaman NISMO
- Rim hitam RAYS® 19 inci (0.5 inci lebih lebar dan lebih ringan)
- Penyejukan enjin yang dipertingkatkan
- Cakera brek depan lebih besar (+25mm)
- Perkakasan aerodinamik NISMO
- Casis, tayar dan roda yang dipertingkatkan
- Mod pemanduan NISMO Sport+
- Kawalan Mula Pandu talaan NISMO
- Kawalan Bunyi Aktif talaan NISMO
- Kerusi sport NISMO – RECARO®
Kredit foto: Nissan
- BACA: NISSAN SKYLINE NISMO DAN SKYLINE NISMO LIMITED DILANCAR DI JEPUN, INGATKAN SEJARAH HEBAT SKYLINE!
- BACA: NISSAN FAIRLADY Z NISMO 2024 DILANCAR DI JEPUN, TIADA MANUAL, RM290 RIBU!
- BACA: JUALAN EV GLOBAL NISSAN CECAH 1 JUTA UNIT, 19 EV AKAN DITAWARKAN!
- BACA: NISSAN ROOX 2023, GRIL V-MOTION BAHARU, RM54 RIBU HINGGA RM81 RIBU!
- BACA: NISSAN GT-R G-SHOCK 2023, TAK SAMPAI RM700! BOLEH KIRIM TAK?
- BACA: PADA 2000 NISSAN X-TRAIL T30 DIPERKENAL, SISTEM 4X4 TEKAN BUTANG!









































