Buletin

NISSAN FAIRLADY Z 2025 JEPUN, PENGELUARAN TERHAD!

Nissan Fairlady Z sudah dibawa masuk ke pasaran tempatan oleh pengimport bebas. Bukan sahaja model biasa, Fairlady Z Nismo juga ada kepada yang berhajat.

Fairlady Z tidak ditawarkan di banyak pasaran dan hanya di negara tertentu sahaja seperti Amerika Syarikat, Jepun, Timur Tengah dan menariknya negara jiran iaitu Filipina dan Brunei.

Dikeluarkan sejak 2022, Nissan memperkenalkan Fairlady Z 2025 untuk pasaran Jepun dan akan dijual secara rasmi pada Februari 2025.

Tempahan baharu yang sebelum ini dihentikan buat sementara akan disambung kembaali pada November.

Memandangkan jumlah pengeluaran untuk tahun fiskal yang terhad, Nissan akan menghadkan jumlah pesanan yang akan diambil.

Nissan juga akan menggunakan cabutan undi untuk 500 buah Fairlady Z Nismo

Untuk model 2025, Nissan melengkagpi fungsi panggilan SOS pada semua varian. Lagi perubahan ialah warna baharu Wangan Blue, Midnight Purple dan warna dua tona Vibrant Red-Super Black dan Brilliant White Pearl-Super Black.

Di sebalik pengeluaran terhad, warna yang ditawarkan begitu meriah iaitu 11 pilihan kesemuanya.

Seperti biasa, Fairlady Z digerakkan enjin VR30DDTT 3.0 liter V6 turbo berkembar dengan pilihan kotak gear manual enam kelajuan (6MT) atau automatik sembilan kelajuan (9M-ATx) dan pacuan roda belakang (RWD).

Kuasa yang dihasilkan 405 ps pada 6,400 rpm dan 475Nm dari 1,600 sehingga 5,600 rpm.

Untuk Fairlady Z Nismo lain pula ceritanya dengan kuasa lebih tinggi iaitu 420 ps dan 520Nm dari 2,000 sehingga 5,200 rpm. Walaupun lebih berkuasa, Fairlady Z Nismo tidak mempunyai pilihan kotak gear manual.

Perlu diakui, kotak gear automatik lebih cekap bekerja dengan talaan yang betul dan tidak memerlukan pijakan pedal cekam dan menjimatkan masa.

Kotak gear Fairlady Z Nismo dipertingkat untuk masa penukaran gear yang lebih pantas termasuk ketika menurunkan gear sebelum selekoh.

Selain enjin dan kotak gear, banyak lagi yang dipertingkat seperti casis, ampaian, brek, mod Sport+ dan perkakasan badan untuk penambahan daya mendap.

Bahagian dalam juga berbeza dengan kerusi Nismo yang dibangunkan khas bersama Recaro.

Nissan Fairlady Z NISMO 2024

Varian dan harga Nissan Fairlady Z 2025 Jepun:

6MT:

  • Fairlady Z: 5,497,800 yen (RM157,591)
  • Fairlady Z Version S: 6,347,000 yen (RM181,946)
  • Fairlady Z Version ST 6,759,500: yen (RM193,771)

9M-ATx

  • Fairlady Z: 5,497,800 yen (RM157,591)
  • Fairlady Z Version T: 5,959,800 yen (RM170,855)
  • Fairlady Z Version ST: 6,759,500 yen (RM193,780)
  • Fairlady Z Nismo: 9,302,700 yen (RM266,678)

Kredit gambar: Nissan

Google ads
Back to top button