
NISSAN Z HERITAGE EDITION, RAI DATSUN 240Z S30
Pada Tokyo Auto Salon (TAS) 2022, Nissan memperkenalkan Fairlady Z Customized Proto dan menang Grand Prix di dalam Tokyo International Custom Car Contest 2022 pada acara yang sama.
Pada TAS 2023, Nissan membawa Fairlady Z Customized Edition dan memaklumkan model itu bakal dikeluarkan secara rasmi.
Fairlady itu meraikan model legenda Fairlady Z432R dengan warna jingga dan tukup hitam. Model yang dibawa ke TAS juga menarik dengan rim bentuk pisang.

Dipamer di TAS dan pengguna di Amerika Syarikat (AS) berpeluang untuk memilikinya dan dijual dalam jumlah terhad.
Untuk model 2024, Nissan USA menawarkan Z Heritage Edition dan dibuat bagi meraikan Datsun 240Z S30 yang pertama kali diperkenal pada 1969
Skema warna Heritage Edition sebagai penghormatan kepada warna jingga ikonik yang ditawarkan pada S30.

Untuk makluman, Fairlady Z432R seperti yang dinyatakan di atas hanya ditawarkan di Jepun dan untuk homologasi bagi membolehkannya bersaing di dalam perlumbaan rali.
Heritage Edition diasaskan dari Z Performance atau varian pertengahan di antara Z Sport dan Z NISMO di AS.
Enjin 3.0 liter V6 turbo berkembar menghasilkan 400 kuasa kuda pada 6,400 rpm dan daya kilas 475Nm dari 1,600 sehingga 5,600 rpm.
.
Tidak seperti Z NISMO dengan kotak gear automatik, Z Heritage Edition boleh dibeli dengan kotak gear manual enam kelajuan auto automatik sembilan kelajuan.
Turut dilengkapi pembeza gelinciran mekanikal, brek Nissan Performance dengan angkup merah dan beberapa lagi seperti Pembantalan Bunyi Aktif dan Peningkatan Bunyi Aktif.
Warna badan jingga secara rasmi dikenali New Sight Orange dan penampilan model ini juga berbeza pada bampar dan jeriji depan, pendakap lengkungan roda dan rim aloi pisang 19 inci.

Grafik hitam dipasang pada tukup, bumbung, pintu dan logo khas Heritage Edition di sebelah cermin sukuan.
Nissan Z Heritage Edition mula dijual bermula musim panas (Jun – September) dan ditawarkan daripada AS$59,135 (RM279,103).
Kredit gambar: Nissan



























