
SENI KARYA KBMER UBAHSUAI NISSAN 350Z JADI KARTUN INITIAL D
Pada awal bulan lalu, seseorang telah membikin Nissan 350Z dengan melitupi jentera itu dengan rumput tiruan.
Terbaharu, artis berasal dari Florida, Amerika Syarikat, Kyle Bryce Monteiro melakukan sesuatu di luar jangka dengan cat kustom Nissan 350Z.
Menariknya tentang artis yang lebih dikenali sebagai KBMER ini ialah dia hanya menggunakan cat spray tin dan marker untuk menghasilkan karya di badan jentera berkenaan.

Hasilnya, cukup menakjubkan dengan menampilkan pelbagai tona warna biru dan meniru gaya seni komik Manga dari Jepun. Bukan majalah mangga yang selalu photoshoot dekat kolam tu.
Sekilas pandang, kelihatan jentera daripada kartun Initial D ‘hidup’ dalam dunia nyata. Rekaan seni ini hanya mengambil masa selama beberapa jam untuk disiapkan oleh KBMER.
Nissan 350Z mendapat sentuhan ala-ala Initial D ini direka khusus untuk pemilik kereta, Roy Richardson yang menetap di Jacksonville, Florida.

Jentera ini masih mendapat khidmat enjin V6 3.6 liter yang mampu menjana kuasa 306 hp melalui transmisi manual enam kelajuan.
“Kami melakukan modifikasi ini kerana cinta terhadap automotif dan Initial D,” kata Richardson kepada CarBuzz.
Rekaan tersebut dilakukan sempena ulang tahun Richardson yang merupakan peminat tegar jentera Sport Jepun. Selain Nissan 350Z, dia turut memiliki beberapa generasi Mazda RX-7.
- BACA: DUTA NISSAN TERBARU IALAH BRAD PITT JEPUN – TAKUYA KIMURA
- BACA: NISSAN ALMERA BAHARU SUDAH SAMPAI DI MALAYSIA. TAMPIL LEBIH ELEGAN, MODEN
- BACA: LELAKI INI DAPAT FRONTIER DARI NISSAN! GANTI FRONTIER LAMA LEBIH 1 JUTA BATU
- BACA: LIBERTY WALK MODIFIKASI DAIHATSU COPEN JADI SUPERCAR. AMACAM ADA IRAS-IRAS NISSAN GT-R TAK?