Buletin

IKLAN KOMERSIAL GR86 TAMPIL WATAK PENGEDAR TAUHU INITIAL D & DRIFT KING KEIICHI TSUCHIYA!

Arena kereta sports pada masa kini tidaklah semeriah tahun 80-an dan 90-an, jadi kehadiran model-model seperti GR Yaris, GR86, GR Supra dan GR Corolla yang bakal muncul kelak sememangnya mengukir senyuman di muka penulis.

Sekurang-kurangnya, kita masih lagi boleh menikmati model-model kereta sports yang sesuai untuk kegunaan seharian, walaupun harganya diluar kemampuan.

Untuk mempromosikan Toyota GR86, Toyota telah menerbitkan tiga video komersial yang turut menampilkan watak anime terkenal Initial D, bersama-sama kereta pengedar tauhu Toyota Corolla Sprinter Trueno AE86 dan susuk tubuh yang tidak asing lagi, Drift King Keiichi Tsuchiya.

Tiga iklan komersial dimuat naik dengan menggunakan animasi seperti Initial D, aksi-aksi drift oleh Toyota AE86 dan GR86 dan diiringi oleh alunan muzik Eurobeat yang biasa didengari dalam anime Initial D.

https://youtube.com/watch?v=uHKm8g3pqag
https://youtube.com/watch?v=NlVU3OgC1Gk
https://youtube.com/watch?v=_Me2pQ9q-ZQ
Google ads
Back to top button