SERGIO AGUERO HADIAHKAN RANGE ROVER EVOQUE, JAM TANGAN MEWAH KEPADA STAF MAN CITY
Penyerang prolifik, Manchester City, Sergio Aguero menghadiahkan Range Rover Evoque miliknya dan jam tangan mewah jenama Tag Heuer serta Hublot kepada kakitangan pasukan berkenaan.
Penjaring terbanyak sepanjang sejarah City itu akan menyertai Barcelona apabila kontraknya berakhir pada penghujung bulan ini malah telah diperkenalkan secara rasmi di Nou Camp.
Menurut The Athletic, penyerang berbisa itu memberikan tiket kepada setiap kakitangan City untuk berpeluang memenangi sebuah Range Rover Evoque miliknya bernilai £40,000 (RM234,000).
Dia turut menghadiahkan jam Hublot atau Tag Heuer kepada setiap kakitangan City yang mempunyai perkataan ‘Gracias! Kun Aguero’.
Salah seorang kakitangan memenangi kereta mewah milik Aguero itu manakala setiap jam yang dihadiahkannya bernilai sekurang-kurangnya £1,000 (RM5,800).
Aguero berkata, dia sangat berbangga kerana dapat menyertai kelab terbesar di dunia.
“Kita semua tahu Barca adalah kelab terbaik di dunia, jadi saya rasa sudah melakukan keputusan yang tepat untuk berada di kelab ini dan membantu pasukan.
“Sudah pasti ia satu lagi langkah ke depan dalam karier saya. Harap saya dapat membantu pasukan memenangi trofi,” katanya.
Bintang Argentina itu memenangi 15 trofi termasuk lima kejuaraan Liga Perdana Inggeris selama sedekad bersama City. -TheSun
- BACA: PONTENG LATIHAN, RONALDO PERGI KILANG FERRARI. BELI MONZA SP1 BERHARGA RM8.16 JUTA
- BACA: BINTANG MU BAYAR PARKIR JENTERA ROLLS ROYCE SEBANYAK RM31K!!!
- BACA: PIRELLI DAN INTER MILAN JUGA BAKAL BERPISAH. KEDAI MAKAN MINANG SIMPANG TIGA JADI PENAJA UTAMA?
- BACA: ANDRE VILLAS-BOAS – DARIPADA PADANG BOLA SEPAK KE TREK BERDEBU