Buletin

PONTENG LATIHAN, RONALDO PERGI KILANG FERRARI. BELI MONZA SP1 BERHARGA RM8.16 JUTA

Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dilapor ponteng latihan dan pergi ke kilang Ferrari untuk membeli sebuah Ferrari Monza SP1 berharga £1.4 juta (RM8.16j). Lawatan itu dilakukan sehari selepas kelab elit Itali itu kalah 0-3 kepada AC Milan. 

Pemain itu pergi ke kilang Maranello menaiki sebuah helikopter bersama Presiden Juventus, Andrea Agnelli serta Presiden Exor yang juga Pengerusi Ferrari, John Elkan. Exor merupakan syarikat milik keluarga Agnelli yang turut mengendalikan Juventus dan Ferrari. 

Menurut laporan akhbar Itali, Corriere Della Sera, Ronaldo membeli jentera berkeaan yang hanya boleh dibeli berdasarkan kepada jemputan. Selain Ronaldo, bintang AC MIlan, Zlatan Ibrahimovic turut memiliki kereta sama. 

Ketika berada di sana, Ronaldo berpeluang merakam foto bersama dua orang pelumba pasukan F1 Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz. Mereka berdua menerima sehelai jersi Juve yang ditandangani oleh Ronaldo.   

Apa pun, ketiadaan Ronaldo dalam sesi latihan pemulihan menjelang kunjungan ke Sassuolo jelas mencetuskan kemarahan peminat Juventus. Ia berikutan pasukan itu berdepan laluan sukar untuk memburu tempat dalam saingan Liga Juara-juara musim depan. 

Skuad kendalian Andrea Pirlo itu tercicir dari kelompok empat teratas susulan kekalahan itu dan kini berada di kedudukan kelima dengan hanya berbaki tiga perlawanan liga. 

Google ads
Back to top button