Buletin

JAGUAR XK150 S DROPHEAD COUPE REMUK DIJUAL PADA HARGA RM 525,986!!!

Siapa kata kenderaan remuk tidak memiliki nilai yang tinggi?

Jentera Jaguar XK150S 3.8 S Drophead Coupe tahun 1960 dalam keadaan remuk dilelong pada harga £90,000 (RM525,986) pada bulan lalu.

Sebanyak 69 unit sahaja dihasilkan model pemanduan sebelah kanan itu sepanjang series berkenaan.

Kenderaan remuk terbabit tersadai di bangsal selama hampir separuh dekad sebelum memiliki pemilik baharu.

Kisah tragis jentera itu bermula apabila pemilik kenderaan terlibat dalam kemalangan pada bulan September 1996 melanggar sebatang pokok apabila hilang kawalan akibat hujan lebat.

Bagaimanapun, pemilik berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan berkira-kira hendak membaiki kenderaan itu.

Malangnya, ia hanya ‘hidup’ di bangsal dalam keadaan remuk sehingga dilelong agensi lelongan Bonhams pada 22 Mei lalu.

Jentera Jaguar XK150S 3.8 S Drophead Coupe mula dilancarkan pada tahun 1957.

Ia mendapat khidmat enjin 3.8 liter mampu menjana kuasa mencecah 265hp.

Jaguar itu juga mampu memecut 100km/j dalam tempoh 7.3 saat dengan kelajuan maksimum 209 km/j. –autoevolution

Google ads
Back to top button