LAPANGAN TERBANG HYDERABAD TAWAR SUPERCAR SEWA. BOLEH PILIH LAMBO, PORSCHE, JAGUAR DAN MUSTANG
Lapangan Terbang Antarabangsa Hyderabad, India memperkenalkan perkhidmatan baharu dengan menawarkan supercar sewa kepada para pelanggan.
Perkhidmatan terbaharu itu didatangkan bersama dengan pemandu ataupun para pelanggan boleh memandu sendiri jentera supercar terbabit.
Supercar sewa tersebut boleh dipesan lebih awal dari jadual penerbangan para penumpang malah ia boleh dilakukan dengan menggunakan platform pesanan telefon ataupun online.
Berikutan keadaan dunia berdepan pandemik Covid-19, jentera-jentera disewa akan disanitasi terlebih dahulu sebelum digunakan para pelanggan.
Perkhidmatan itu ditawarkan 4 Wheel itu terletak di pintu masuk lapangan terbang Hyderabad menyediakan supercar dari pelbagai jenama termasuk Lamborghini Gallardo, Jaguar F Type, Porsche 911 Carrera dan Ford Mustang.
Selain itu, kenderaan mewah lain termasuk Lexus ES 300h, Audi A3 Cabriolet, BMW 7 Series, Mercedes Benz E 250, Maserati Ghibli, BMW 3GT dan Volvo S 60.
Para pelanggan juga boleh memilih kenderaan seperti Toyota Fortuner ataupun Maruti Suzuki Ciaz. –cartoq/india today
- BACA: TAKUT COVID-19 PUNYA PASAL, LELAKI SANGGUP SEMBUNYI 3 BULAN DI LAPANGAN TERBANG
- BACA: PESAWAT BUDDHA AIR, LANDING SALAH LAPANGAN TERBANG PULA!!!
- BACA: 3,500 KERETA SEWA BERHAMPIRAN LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA FLORIDA MUSNAH TERBAKAR
- BACA: HONDA TAWAR PERKHIDMATAN SEWA KERETA TERPAKAI SECARA BULANAN DI JEPUN