Buletin

JARI-MATTI LATVALA BAKAL KEMBALI BERLUMBA. APAKEHEI NAK BERLUMBA NI CHOR? DAH TU SIAPA NAK JADI PRINSIPAL NANTI?

Prinsipal pasukan Toyota Gazoo Racing, Jari-Matti Latvala akan berehat seketika daripada tanggungjawab besar tersebut pada awal Ogos nanti apabila beliau mengesahkan akan kembali berlumba secara kompetetif di pusingan ke sembilan WRC musim ini, Secto Rally Finland kelak

Jari-Matti Latvala, merupakan pemandu paling berpengalaman dalam sejarah FIA World Rally Championship dengan 209 permulaan, tidak berlumba secara kompetetif dalam sukan rali sejak dari Februari 2020.Kemudiannya beliau dilantik sebagai Prinsipa pasukan Toyota Gazoo Racing pada Disember tahun itu juga.

Bagaimanapun, dengan dorongan daripada Akio Toyoda, Pengerusi Lembaga Pengarah di Toyota, jejaka berusia 38 tahun itu bakal  memandu salah satu jentera Toyota GR Yaris Rally1 di Secto Rally Finland, yang mana beliau pernah memenangi perlumbaan di situ sebanyak tiga kali sebelum ini yang juga merupakan ‘rumah’ buat beliau sendiri.

Menurut Jari-Matti Latvala, ceritanya bermula sewaktu berakhirnya musim perlumbaan 2022 ketika berada di Jepun dan beliau sempat memberitahu Pengerusi Akio Toyoda. Jari-Matti Latvala memaklumkan bahawa beliau mempunyai impian untuk memandu jentere Toyota GR Yaris Rally1 sebelum usianya menginjak ke 40 tahun. Untuk rekod Jari-Matti Latvala pernah memandu pelbagai  jenis jentera rali sepanjang 20 tahun yang lalu.

Ajaibnya apabila sang Pengerusi pun bersetuju dengan idea yang mungkin kelihatan sedikit  gila. Menurut Prinsipal pasukan Toyota Gazoo pada awalnya mereka gagal mencapai kata sepakat bilakah detik bersejarah itu akan berlangsung.

Namun rezeki berpihak padanya tahun ni apabila terdapat jentera keempat GR Yaris Rally1 yang boleh disewa. Dan akhirnya Pengerusi Toyota itu pun bersetuju untuk membenarkan Menurut Jari-Matti Latvala yang juga mantan pemandu untuk pasukan Toyota Gazoo Racing berlumba di bumi sendiri di Finland.

Ketiadaan Jari-Matti Latvala selaku Prinsipal pasukan nanti akan digalas oleh Akio Toyoda sendiri sebagai Prinsipal bertugas ketika itu bagi membenarkan Jari-Matti Latvala kekal fokus sebagai pemandu.

Dan menurut Jari-Matti Latvala, beliau tidak mahu menetapkan sebarang sasaran. Beliau hanya mahu enjoiy sahaja sepanjang perlumbaan nanti. Mungkin dapat top 10 sudah dikira cukup bagus. Untuk rekod, kali terakhir menang di Finland adalah pada tahun 2017 dengan memandu Toyota Yaris WRC.

BACA : WRC BAKAL PERKENALKAN MATA BONUS TAMBAHAN UNTUK LOMPATAN TERJAUH

BACA : HYUNDAI MOTORSPORT LANTIK FRANCOIS-XAVIER DEMAISON SEBAGAI PENGARAH TEKNIKAL BAHARU. NAK MENANG WRC KATANYA

Google ads

B K

Back to top button