Artikel Pilihan

VALTTERI BOTTAS TERIMA MERCEDES-AMG ONE – LAMA TEMPAH BARU DAPAT

Selepas sekian lama menunggu Valtteri Bottas akhirnya terima hypercar hibrid Mercedes-AMG One. Hypercar dengan enjin F1 tersebut ditempah ketika beliau masih lagi bergandingan dengan Lewis Hamilton dalam pasukan Mercedes AMG Petronas F1. Sekarang Bottas pun dan keluar dan beraksi bersama pasukan Alfa Romeo.

Kira minat betul ni. Dah tukar pasukan tapi masih lagi berminat dengan kereta keluaran majikan asal. Abang pun minat tapi duit pulak tak cukup.

Bottas dijemput ke ibu pejabat Mercedes-Benz di Affalterbach, Jerman untuk menerima kunci kereta tersebut. Eh, pakai kunci ke? #baikbeli Myvi yang ada push start button. Jangan tekan 18 kali dah la untuk start.

Hypercar dengan warna biru ini boleh dikatakan sangat istimewa sebab warna ini khas untuk Bottas. Mercedes-AMG One ni kira rare dan hanya satu ni je berwarna biru setakat ni. Sayang tak ada warna hijau, kalau tak abang dah beli.

Beberapa bahagian luaran lain dibiarkan dengan corak serat karbon asal. Nampak eksotik dan err… mahal. Serat karbon ni bang, bukan pelekat karbon.

Serahan hypercar ini kepada pelanggan yang menempah bermula Januari lalu, hanya beberapa bulan selepas ia membuat catatan rekod kereta produksi terpantas di litar Nurburgring sebelum mengegarkan litar lain seperti Red Bull Ring dan Hockenheim. Litar Mentakab pula lepas ni kot?

Google ads
Back to top button