Buletin

WRC BAKAL PERKENALKAN MATA BONUS TAMBAHAN UNTUK LOMPATAN TERJAUH

Perlumbaan FIA World Rally Championship (WRC) sedia ada sudah cukup menarik sebenarnya dengan kondisi serta permukaan laluan kepada para pemandu. Termasuklah juga peringkat khas, Wolf Power Stage yang menawarkan mata bonus sebelum ini.

Dan kini, perlumbaan ini dijangka lebih menarik selepas ini apabila WRC bakal menawarkan lagi mata bonus tambahan, sehingga lima mata untuk pemandu yang berjaya membuat lompatan terjauh bagi setiap perlumbaan rali. Pungutan mata bonus tambahan ini bakal diperkenalkan bermula di Vodafone Rally de Portugal pada 11 – 14 Mei nanti.

Pengumuman tentang khabar berita ini telah dibuat sewaktu perbincangan dalaman bagi memperkenalkan pungutan mata tambahan ini bagi setiap lokasi perlumbaan hingga ke akhir musim ini dengan permukaan berbatu dengan setiap lokasi lompatan akan ditentukan terlebih dahulu.

Lokasi lompatan untuk Vodafone Rally de Portugal ini akan berlokasikan di Pedra Sentada yang cukup ikonik di kalangan pemandu rali. Agak menarik juga apabila lokasi yang berpenghujung di Fafe turut merupakan tempat untuk Wolf Power Stage. Sekiranya peringkat ini berlangsung sebanyak dua kali dalam suatu perlumbaan rali, seperti mana yang berlaku di Portuga ini, para pemandu berpeluang untuk membuat dua kali percubaan dengan yang terjauh sahaja akan dikira.

Dengan pengumuman berita ini, sudah tentu ianya akan menarik perhatian para peminat khususnya untuk menyaksikan lebih dekat para pemandu mencuba membuat lompatan terjauh disamping dapat menghiburkan para penonton yang bersorak serta mendapat pungutan mata bonus tambahan. Yang pasti, para pemandu juga akan berasa teruja. Bila lagi nak belanja peminat dengan aksi yang menarik sebegini sambil mencuba mendapatkan mata bonus ini.

Sementara itu, perlumbaan keempat dalam kalendar WRC ini bakal berlangsung di Croatia Rally pada 20 – 23 April nanti. Sedang elok musim Hari Raya layan rali. Tumpuan sudah pastinya tertumpu kepada pendahulu Sebastian Ogier yang sudah mengesahkan akan beraksi nanti. Apatah lagi Sebastian Ogier sendiri pernah memenangi perlumbaan di sana ketika debut Croatia Rally ini pada tahun 2021. Pada tahun 2022, beliau tidak beraksi di Croatia.

BACA : WRC 2023 – CENTRAL EUROPEAN RALLY PERTAMA KALI MEMBABITKAN TIGA BUAH NEGARA

BACA : WRC 2023 – SEBASTIAN OGIER MENANG BUAT KALI KE TUJUH DI MEXICO

Google ads

B K

Back to top button