YAMAHA KINI BERHENTI HASILKAN KOLAM RENANG – DIORANG ADA BUAT KOLAM KE?
Selepas beberapa hari umumkan mereka tidak lagi akan meneruskan pembuatan snowmobile, Yamaha sekali lagi mengejutkan dunia bila mereka turut umumkan penamatan pembuatan kolam renang mereka. Kami lagi terkejut bila dapat tahu yang Yamaha ni juga ada hasilkan kolam renang.
Namun ia bukannya sesuatu yang pelik bagi Yamaha yang mempunyai kemahiran dalam menghasilkan alat muzik dan motosikal. Dua-dua cabang diorang terer pulak tu. Bukan itu sahaja, Yamaha turut membuktikan kehebatan mereka dengan menghasilkan enjin untuk kereta-kereta hebat seperti Toyota 2000GT dan Lexus LFA.
Pembuatan kolam renang yang enjin-enjin kereta dilakukan oleh Yamaha Motor. Yamaha Motor dipecahkan dari Yamaha Corporation pada tahun 1955 untuk pembuatan motosikal. Sejak dari tarikh itu, kedua-dua syarikat beroperasi secara berasingan tapi masih menggunakan logo yang sama.
Sebaik berpecah, Yamaha Motor mula mengkaji material baharu yang dipanggil FRP ataupun plastik yang diperkuatkan dengan karbon. Menjelang 1961, mereka menghasilkan kenderaan pertama yang diperbuat dari FRP, sebuah motorboat yang dinamakan CAT-21. Ia telah memenangi pertandingan marathon motorboat 1000km Tokyo-Osaka Pacific Ocean dan menjulang nama Yamaha dalam pembuatan motobot.
Yamaha kemudian melancarkan kolam renang mereka yang pertama pada tahun 1074 dan juga dihasilkan daripada FRP. Kelebihan material ini ialah ia lebih ringan dan tahan karat. Bukan itu sahaja, ia cukup fleksibel dan mampu menahan gegaran gempa bumi. Penting fungsi ini untuk negara yang sentiasa diancam gempa bumi seperti Jepun.
Produk kolam renang pertama mereka alah Family Pool tahun 1974. Menjelang 1978, Yamaha sudah mula hasilkan kolam renang besar bersaiz 25 meter untuk sekolah dan kompleks sukan.
Kemajuan ekonomi Jepun sewaktu era Bubble Economy menjadikan kolam renang sebagai tempat riadah yang sangat popular. Taman tema air tumbuh macam cendawan lepas hujan di seluruh Jepun dan Yamaha mengambil kesempatan itu untuk menghasilkan pelbagai produk taman tema air seperti gelongsor air, paip mandi semburan untuk kolam dan produk paling popular mereka, Yamaha Stream Pool.
Yamaha kemudian mengembangkan lagi perniagaan mereka dari kolan renang ke perubatan, kesihatan dan pendidikan. Kini Yamaha merupakan pengeluar kilang bersaiz besar ternama dari Jepun khususnya untuk institusi pendidikan. Lebih 6,500 unit kolan renang telah dibina mereka.
Yamaha tidak menjelaskan kenapa mereka ingin menarik diri dari perniagaan kolam renang ini tetapi cuma menyatakan yang mereka ingin fokus kepada bisnes sedia ada untuk meningkatkan lagi peluang. Berakhirlah sejarah kolam renang Yamaha selepas 49 tahun.