
JEFF BEZOS RAMPAS SEMULA STATUS SEBAGAI INDIVIDU TERKAYA DUNIA. KEKAYAAN BERSIH BERNILAI RM772 BILION!!!
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon.com Inc, Jeff Bezos merampas semula takhta sebagai individu paling kaya di dunia selepas gelaran itu jatuh kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla Inc, Elon Musk untuk tempoh enam minggu.
Menurut laporan CNet, Bezos merangkul kembali kedudukan nombor satunya dengan kekayaan bersih bernilai AS$191.2 bilion (RM772.12 bilion) atau lebih AS$955 juta (RM3.86 bilion) berbanding Musk apabila saham Tesla Inc. merosot sebanyak 2.4 peratus pada Selasa.
Berikutan itu, kekayaan bernilai AS$4.6 bilion (RM18.58 bilion) dimiliki CEO pengeluar kereta elektrik itu turut jatuh dalam kedudukan teratas ranking Indeks Billionaires Bloomberg.
Sebelum ini, Bezos menyandang gelaran itu sejak tahun 2017 sehingga bulan lalu apabila dirampas Musk.
Bezos turut mengumumkan untuk melepaskan jawatan sebagai CEO syarikat gergasi e-dagang itu pada suku ketiga untuk memberi tumpuan kepada projek lain. – agensi