
BAS ELEKTRIK HYUNDAI TERBAKAR DI KOREA SELATAN
Sebuah bas elektrik milik Hyundai Motor Co. terbakar selepas menjalani pemeriksaan penyelenggaraan sistem bateri di sebuah garaj berdekatan Changwon, Korea Selatan.
Dalam kejadian tersebut, bateri yang terpasang di bahagian bumbung bas terbakar ketika berada di jalan raya.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden terbabit.
Menurut wakil syarikat, Hyundai Motor dan Korea Automobile Testing & Research Institute (KATRI) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian melibatkan jentera dikenali sebagai Elec City itu yang dibangunkan pada tahun 2019.
“Kementerian telah meminta KATRI untuk menjalankan siasatan terhadap insiden kebakaran di bas elektrik tersebut.
“Siasatan akan dilakukan sama ada kebakaran berpunca daripada dalam atau luar sel bateri,” kata pegawai Kementerian Tanah, Infrastuktur dan Pengangkutan.

Menurutnya lagi, KATRI juga akan menyiasat sama ada terdapat kaitan antara bas elektrik dan Hyundai Kona EV yang menggunakan bateri dari LG Energy Solution.
Pada Oktober lalu, Hyundai Motor telah melaksanakan program panggilan semula secara sukarela melibatkan 77,000 unit Kona yang mendapat khidmat bateri LG selepas mencatatkan 14 kes kebakaran sejak tahun 2018. – agensi
- BACA: MALAYSIA MASIH DESTINASI PELABURAN DI ASIA. JANGAN BUAT ANDAIAN PEMINDAHAN HQ HYUNDAI KE INDONESIA
- BACA: PERBINCANGAN SUDAH TAMAT. HYUNDAI TIDAK SUKA DILAYAN SEPERTI PEMBEKAL APPLE
- BACA: HYUNDAI HADIAHKAN TUCSON HYBRID PADA SETIAP PEMAIN ATLETICO MADRID
- BACA: HYUNDAI LANCAR KERETA ELEKTRIK, IONIQ 5. BOLEH CAS PAKAI MATAHARI