Buletin

BOS TESLA TERKAYA DI DUNIA. NILAI KEKAYAAN HAMPIR RM750 BILION!!!

Bos Tesla dan SpaceX, Elon Musk menjadi manusia paling kaya di dunia dengan mengatasi bos Amazon, Jeff Bezos dengan memiliki kekayaan berjumlah kira-kira AS$185 bilion (RM747.9 bilion).

Musk merupakan pemegang saham utama dalam syarikat kereta elektrik itu dan mendapat keuntungan daripada lonjakan harga saham Tesla setahun lalu.

Saluran berita AS, CNBC menganggarkan Musk memiliki kekayaan berjumlah AS$185 bilion (RM747.9 bilion).

Pencapaian tersebut adalah yang terbaharu untuk usahawan itu yang juga mengetuai firma penerokaan angkasa lepas SpaceX di samping Tesla.

Harga saham Tesla melonjak 5.9 peratus kepada AS$800.43 (RM3,236.14) dalam dagangan lewat kelmarin sekali gus meningkatkan modal syarikat kepada lebih in AS$750 billion (RM3.02 trilion).

“Pelik sekali,” kata Musk di Twitter selepas diberitahu bahawa dia telah memintas Bezos sebagai manusia paling kaya di dunia.

“Apapun, mari kembali bekerja,” tambahnya.

Musk, 49, lahir di Afrika Selatan dan merupakan pemegang pasport Amerika Syarikat serta Kanada selepas menamatkan pengajiannya di Ontario dan negeri Pennsylvania.

Ketika berumur 25 tahun, dia menghasilkan platform pengiklanan online, Zip2 dan bergelar jutawan menjelang usia 30 tahun selepas menjual syarikat itu kepada Compaq Computer dalam tahun 1999.

Musk mengulangi kejayaan tersebut selepas menubuhkan bank online, X.com yang kemudian dinamakan sebagai PayPal. Syarikat eBay membeli PayPal dalam tahun 2002 pada harga AS$1.5 bilion (RM6.06 bilion). – agensi

Google ads
Back to top button