Buletin

FORD JUAL KERETA MENERUSI ALIBABA, ADAKAH INI STRATEGI PEMASARAN MASA HADAPAN?

Jual beli dalam talian adalah sesuatu yang lazim buat masa sekarang. Namakan sahaja apa yang tak boleh dibeli, dari kemudahan paling asas, sehinggalah kepada rumah, semuanya boleh dibeli tanpa anda pelru melihat sendiri objek tersebut secara fizikal.

Di Amerika, Tesla menjual sendiri kereta mereka terus kepada pengguna. Walaupun dibantah pengedar, ia tetap diteruskan kerana bahagian pemasaran automotif moden percaya ia lebih mudah dan pantas.

Di China pula, aplikasi seperti Wechat sudah ditingkattaraf lebih tinggi sehingga ia mempunyai kebergantungan yang tinggi oleh penduduk di sana. Dari cuma aplikasi mesej, kini semuanya dikuasai wechat, termasuklah membeli belah makanan dan juga kereta.

Ford telah mengambil inisiatif baru menerusi pasaran dalam talian. Baru-baru ini mereka membuat kerjasama dengan alibaba.com untuk menjual kereta mereka di China.

Selain daripada Buick, tiada kereta Amerika yang mendapat tempat dalam pasaran di China. Dengan duti import yang tinggi, kereta Ford tidak mendapat sambutan di sana. Mengadakan kerjasama bersama gergasi jualbeli dalam talian antara yang terbesar di dunia itu dirasakan perlu untuk memecah tembok pasaran negara tersebut.

“China adalah pasaran yang besar dan dinamik, sesuatu mesti dibuat untuk menembusinya dan kami rasa, alibaba adalah platform yang sangat bagus,” ujar Jim Hackett. CEO Ford.

“Salah satu cara lain yang kami rasa mempercepatkan proses ini ialah membangunkan teknologi elektrik yang semakin pesat berkembang di ChIna. Menjelang 2025, Ford akan perkenalkan sekurang-kurangnya 15 buah model yang berasaskan teknologi elektrik dan hybrid. Kami sudah bersedia untuk pasaran China,” ujar beliau lagi.

Di Malaysia, Volkswagen Passengers Cars Malaysia sudah memulakan kempen jualan VW Beetle dalam talian menerusi laman web jual beli Lazada.

Kami percaya, tidak lama lagi, pasaran jualbeli dalam talian ini akan menjadi satu cara baru dari pengedar untuk membeli terus produk mereka.

Apa akan jadi dengan pengedar dan masa depan jurujual kereta?

Kita tidak akan tahu buat masa ini.

Google ads
Back to top button