Buletin

JIMAT SEHINGGA RM11.5K UNTUK PASSAT. TAWARAN SELEPAS JUALAN PUN ADA

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan bulan Mac dengan penjimatan ke atas rangkaian model Passat dan tawaran alat ganti baharu ke dalam Repair Packages (Pakej Pembaikan).

Tawaran ke atas Passat Elegance dan Passat R-Line telah dilanjutkan. Pelanggan kini akan menikmati insurans percuma selama setahun bernilai RM5,500 dan rebat petrol percuma juga selama setahun bernilai RM2,500.

Mereka yang membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom akan menikmati rebat dalam talian tambahan sebanyak RM3,500 sekali gus boleh berjimat sehingga RM11,500.

Passat Elegance dan model lebih sporty, Passat R-Line didatangkan dengan enjin 2.0TSI turbo yang dipadankan bersama kotak gear klac basah direct shift (DSG). Ia mampu menghasilkan kuasa mencecah 190PS dan tork 320Nm.

Varian tertinggi Passat R-Line juga dilengkapi Dynamic Chassis Control (DCC) dan ciri-ciri canggih lain untuk pengalaman pemanduan yang dinamik. Dengan pengecualian cukai, Elegance ditawarkan pada harga RM181,856 dan harga R-Line pula ialah RM203,411. 

Para pemilik kenderaan Volkswagen berusia lebih lima tahun boleh terus memanfaatkan tawaran istimewa Repair Packages melibatkan penyerap hentak hadapan dan belakang, cakera brek hadapan dan belakang, roda penggalas depan belakang serta tali sawat pemasaan mulai bulan ini.

Alat ganti dan kos buruh ke atas model-model tertentu hadir dengan diskaun sebanyak 30% dan jaminan selama dua tahun untuk memberi ketenangan minda kepada anda.  

Sebagai jaminan tambahan, hanya alat ganti 100% tulen Volkswagen sahaja yang akan digunakan.

Manakala komponen-komponen yang relevan seperti nat dan bolt akan diganti sebagai sebahagian daripada kos bagi memastikan prestasi serta keselamatan yang lebih baik.

Kerja-kerja pembaikan ini dijalankan oleh juruteknik terlatih Volkswagen berdasarkan kepada standard global bersama peralatan yang diluluskan oleh Volkswagen.

Berikut adalah penjimatan yang diperoleh berdasarkan kepada alat ganti:

Untuk layak, pemilik kenderaan Volkswagen perlu memuat turun aplikasi mudah alih Volkswagen Cares. Mereka kemudian perlu menunjukkan e-baucar yang diterima di mana-mana pusat servis sah Volkswagen.  

Para pemilik boleh menempah temu janji servis mereka secara dalam talian menerusi komputer atau peranti pintar.

Mereka boleh memilih pengedar, tarikh dan masa yang diingini dengan cara memberikan perincian kenderaan masing-masing. Perkhidmatan pengambilan dan penghantaran secara percuma juga ada disediakan berdasarkan kepada permintaan. 

Semua pengedar Volkswagen di seluruh negara mematuhi garis panduan yang ketat di bawah inisiatif #SafeHands Volkswagen.

Pelaksanaan langkah kebersihan yang ketat itu merangkumi proses sanitasi premis dan titik-titik sentuhan utama, pemeriksaan keselamatan yang betul, penerimaan kenderaan tanpa sebarang hubungan, selain sanitasi ke atas semua unit pandu uji dan pameran. 

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.volkswagen.com.my

Google ads
Back to top button