Artikel Pilihan

SEGALANYA TENTANG VOLKSWAGEN XL1. 0.9LITER DIESEL UNTUK 100KM

Anda semua pasti tidak pernah mendengar berkenaan model ini kan. Jujurnya kami juga tidak pernah mendengar berkenaan model Volkswagen ini sehinggalah beberapa hari lepas. Kami akan dedahkan beberapa fakta pantas berkenaan model Volkswagen ini

1. Model konsep Volkswagen XL1 dah lama sangat didedahkan, iaitu pada tahun bulan April 2002 oleh Ferdinand Piech. Tapi model produksi hanya dikeluarkan pada 2013 dalam bilangan yang sangat sedikit iaitu 250 unit sahaja. Pembeli yang berminat akan diundi melalui satu cabutan bertuah. Jadi tak hairanlah ramai yang tak tahu pasal model ini

2. Dari segi dimensi, XL adalah sepanjang 3188mm, lebar 1666mm dan tinggi 1153mm. Jarak antara roda pula ialah pada 2225mm. Berat XL1 hanyalah sekitar 795kg sahaja kerana ia dihasilkan melalui gabungan carbon fiber reinforce polymer (CFRP) sebanyak 21.3% termasuklah butterfly door yang digunakan

3. Seberat 179kg aloi ringan digunakan manakala keluli dan besi merangkumi seberat 184kg sahaja. Bagi mengukuhkan kabin ketika kemalangan, impact beam dihasilkan daripada aluminium untuk perlindungan tambahan.

4. Dari segi rekaan, pekali geseran bagi XL1 adalah sekitar 0.186 sahaja dan merupakan pekali terendah bagi sebuah kereta di dunia. Ia dicapai dengan rekaan kereta seperti titisan air (kembang di depan, menguncup di belakang) bagi membentuk Kammback design. Hanya 8 kuasa kuda sahaja diperlukan untuk mengekalkan XL1 pada halaju 100km/j

Ia dicapai dengan rekaan bijak yang melicinkan pergerakan udara di bawah kereta, bukaan udara yang boleh dibuka dan ditutup untuk penyejukan enjin serta tayar yang “kurus”

5. Volkswagen XL1 dikuasakan dengan enjin turbo diesel 2 silinder 800cc yang menghasilkan 47 kuasa kuda. Enjin ini dibantu dengan sistem hibrid plug in yang dipadankan dengan bateri lithium-ion sebesar 5.5kWh serta motor berkuasa 27 kuasa kuda. Kombinasi sistem menghasilkan 68 kuasa kuda dan 140Nm tork. Berat enjin dan sistem hibrid adalah sekitar 227kg sahaja

6. Enjin kereta ini dipasang di bahagian belakang pemandu dengan semua kuasa dihantar ke tayar belakang menerusi transmisi 7 kelajuan DSG. Pecutan 0-100km/h dibuat dalam masa 14.3 saat dan halaju maksimanya ialah 158km/j. Ujian penggunaan bahan api mengikut kaedah NEDC ialah 0.9 liter bagi setiap liter diesel. Berat transmisi kereta ini ialah 153kg sahaja.

7. Keadaan ini dicapai melalui sistem hibrid yang membenarkan XL1 dipandu dalam keadaan mode elektrik sepenuhnya bagi jarak sehingga 75km. XL1 hanya melepaskan 21g gas karbon dioksida bagi setiap kilometer sekaligus melayakkan kereta ini sebagai Euro6

8. Walaupun XL1 merupakan sebuah kereta ECO, namun ia dibekalkan dengan suspensi Double Wishbone pada bahagian depanmanakala semi trailing arm pada bahagian belakang. Ia menggunakan tayar pekali geseran rendah yang bersaiz 115/80 R15 pada bahagian depan dan 145/55 R16 untuk tayar belakang yang dibekalkan oleh Michelin

9. Volkswagen XL1 hanya memuatkan 2 penumpang sahaja dalam satu-satu masa. Ruang kargo di bahagian belakang hanyalah 120liter sahaja dan tangki diesel hanyalah sebesar 10 liter yang membolehkan XL1 dipandu sejauh 500km.

10. Sebanyak 250 unit sahaja dikeluarkan dengan harga yang ditawarkan ialah RM544,000 dengan ciri keselamatan brek ABS serta sistem kawalan elektronik ESC.

Google ads
Back to top button