Buletin

VOLKSWAGEN BEETLE 1978 KALIS PELURU INGIN DIJUAL. BIDAAN SEKARANG CECAH RM12,800

Apabila bercakap tentang kereta kalis peluru, apa yang kita bayangkan mestilah sebuah SUV bersaiz penuh atau sedan eksekutif.

Namun, ia tidak bermakna anda model lebih kecil tidak boleh dilengkapi dengan peralatan tersebut. Buktinya, sebuah Volkswagen Beetle buatan tahun 1978 dari Itali ini dipasang dengan pelbagai ciri kalis peluru.

Beetle itu dipasang dengan kaca tebal dan plat besi bagi menghalang peluru menembusinya. Apakah kisah di sebalik kereta ini? Kenapa ia perlu jadi kenderaan kalis peluru.

Untuk makluman, Itali bukanlah negara yang selamat sekitar tahun 1970-an jika anda daripada golongan hartawan. Kejadian penculikan kejam oleh gangster Sicily yang dikenali sebagai Cosa Nostra dan kumpulan pengganas  Brigate Rosse atau Anonima Sarda sering berlaku.

Itulah sebab kewujudan Beetle yang istimewa ini. Pemiliknya mahukan imej yang tidak menyerlah.

Beetle tersebut dipasang dengan plat besi setebal 3cm pada pintu, firewall dan bahagian enjin. Kaca tingkap pula setebal ibu jari. Tangki minyak juga dilindungi daripada serangan musuh.

Bagi mengelakkan penjahat daripada membuka piintu, ia dilengkapi dengan selak khas yang hanya boleh dibuka dari dalam.

Semua komponen itu menambah berat Beetle sebanyak 1,200kg. Tetapi, agak menghairan pemiliknya tidak menaik taraf enjin. Sebaliknya masih menggunakan enjin standard bersesaran 1.2 liter.  

Mujurlah, Beetle berkenaan tidak pernah berdepan dengan sebarang insiden tidak diingini sehingga kini. Mungkin rupanya yang tidak bersalah membuatkan pemandu tidak berdepan denga napa-apa ancaman.

Kini, ia mahu dijual dengan bidaan setakat ini mencecah €2,600 (RM12,800).

Google ads
"
"
Back to top button