Buletin

JPJ KL LELONG NISSAN FAIRLADY 350Z RM35,600. MURAH TU…

Sebuah Nissan Fairlady 350Z telah dibida pada harga tertinggi iaitu RM35,600 dalam Sesi Lelongan Awam Kenderaan Sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur Siri 2/2022, semalam.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur Mohd Zaki Ismail berkata, sebanyak 49 kenderaan berjaya dilelong dalam acara itu dengan kutipan keseluruhan berjumlah RM285,750.

Pada 28 Mac lalu, 97 kenderaan sita dilelong dengan kutipan sebanyak RM395,246 membabitkan 91 kenderaan boleh dilesenkan, manakala enam lagi kenderaan yang tidak boleh dilesenkan (scrap).

Dalam lelongan kali ini, kenderaan scrap yang dibida dengan harga bidaan tertinggi adalah RM17,100 iaitu Lori Rigid Tipper Dumper. Manakala bagi kenderaan yang boleh dilesenkan, bidaan harga tertinggi ialah Nissan Fairlady 350Z pada harga RM35,600.

“Jumlah keseluruhan yang berjaya diperoleh dalam acara lelong bagi Siri 1 dan 2/2022 adalah sebanyak RM680,996,” katanya satu dalam kenyataan.

Menurut Mohd Zaki, hanya peserta yang membeli Dokumen Penjualan Lelong dan menandatangani perakuan menyertai lelongan dibenarkan mengambil bahagian dalam penjualan lelong terbabit.

“Pembida menawarkan harga tertinggi adalah pembida yang berjaya. Harga kenderaan adalah tertakluk kepada harga minimum yang ditentukan. JPJ juga berhak menarik balik mana-mana kenderaan jika tidak berpuas hati atas harga ditawarkan atau harga tidak mencapai harga minimum ditentukan,” katanya. – Harian Metro

Google ads
"
"
Back to top button