Buletin

MISTERI MCLAREN MERAH JAMBU. TAK BERGERAK LEBIH DUA TAHUN DARI RUANG PARKIR HOTEL DI LONDON

Misteri menyelubungi sebuah McLaren merah jambu yang diparkir di tempat sama di London sejak dua tahun lalu, membuatkan penduduk tempatan tertanya-tanya dan kini menjadi tumpuan di TikTok.

Sudah tentu kereta tersebut, di mana sekali pun akan menjadi perhatian. Apatah lagi kalau ia tersadai di satu tempat dan tidak bergerak selama dua tahun.

Begitulah keadaannya dengan McLaren itu yang diparkir di luar Hotel St. Pancras Renaissance, bersebelahan stesen King’s Cross St. Pancras di tengah London.

Penduduk di London mengatakan ia telah berada di sana sejak wabak bermula pada Mac 2020. Hal itu membuat orang ramai keliru mengapa ia masih ada di sana, terutamanya jika diambil kira betapa sukarnya untuk mendapat tempat letak kereta di London.

Satu akaun TikTok atas nama Gabby (@SoggySpin4ch) menyiarkan video kereta itu dan bertanya, “Bilakah kereta merah jambu ini akan bergerak? Kereta ini telah berada di sini sepanjang wabak.”

Video tersebut mendapat 1.3 juta tontonan dan lebih daripada 78,000 tanda suka. Ia turut mendapat perhatian yang sama di ruangan komen video tersebut. Seseorang berkata, “Sekejap… Saya telah melihat McLaren ini 7 bulan lalu… MASIH ADA?”

Beberapa komen juga bertanyakan hal yang sama. Terkejut ia masih berada di sana sejak sekian lama.

Menurut seorang penduduk tempatan, kereta tersebut telah berada di sana sekurang-kurangnya lapan tahun, sejak tahun 2014.

Pelbagai spekulasi timbul. Namun, seorang pekerja di Hotel St Pancras Renasissance memberitahu McLaren itu milik salah seorang tetamu.

Tetamu tersebut telah berpindah secara kekal di hotel tersebut sejak permulaan wabak kerana dia menghadapi masalah untuk kembali ke negara asal.  Oleh itu, pihak hotel membenarkan dia meletakkan kenderaannya di situ.

Google ads
Back to top button