" "
Buletin

UMW TOYOTA MOTOR LANCAR TOYOTA ECO YOUTH EDISI 2022/2023. TEMA ‘CHAMPIONING MOBILITY’

UMW Toyota Motor (UMWT) bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan MAD Movement (dahulunya dikenali sebagai Leaderonomics Community) untuk melancarkan Toyota Eco Youth (TEY) edisi 2022/2023 yang bertemakan ‘Championing Mobility’.

Sebanyak 16 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam penyelesaian pembangunan yang mampan untuk komuniti. Program TEY bertujuan untuk menyemai keprihatinan terhadap alam sekitar dalam kalangan belia.

Untuk Edisi 2022/2023, 16 pasukan akan membangunkan penyelesaian mampan dalam empat bidang – C.A.S.E (Clothing, Apps, Smart Tools and Eco-Friendly Vehicles) dengan memberi tumpuan pada ‘Mobility For All’. Ia bermatlamat mewujudkan impak positif kepada masyarakat melalui perkhidmatan mobiliti baharu selaras dengan Visi Global Toyota.

Pelajar akan menjalani latihan komprehensif serta dilengkapi projek asas kemahiran pengurusan menggunakan Metodologi Penyelesaian Masalah Toyota. Mereka juga akan menerima latihan pembangunan prototaip intensif yang dikenali sebagai ‘TEY Makerspace Facilities’ di Pusat Prototaip Me.reka di Publika.

Selain pendedahan yang sangat baik dengan bimbingan daripada pakar, peserta TEY berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM71,500.

Program TEY terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah yang berminat. Program TEY pertama kali bermula pada tahun 2001 sebagai jurusan komponen tonggak alam sekitar di bawah Tanggungjawab Sosial Korporat tahunan UMWT. Manakala ‘Toyota Problem Solving’ diperkenalkan pada tahun berikutnya.

Pada tahun 2021, program TEY serba baharu telah dilancarkann melalui maya bagi membolehkan pelajar di seluruh negara menyertainya semasa pandemik.  Sejak itu, program TEY telah diadakan dalam format fizikal dan maya, termasuk latihan serta acara.

Sejak program TEY dimulakan 21 tahun lalu, sebanyak 274 sekolah dan hampir 3,000 pelajar, pengetua dan guru di seluruh negara telah mengambil bahagian. Dianggarkan RM7 juta telah dibelanjakan untuk menganjurkan program meningkatkan tahap kelestarian dalam kalangan generasi muda ini.

Google ads
Back to top button