Buletin

JUALAN MITSUBISHI TRITON NAIK 2.4%, 5,792 UNIT SEPANJANG TAHUN 2019

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan bahawa jualan tahun-ke-tahun trak pikap Triton naik 2.4 peratus. Ia bermakna dalam tempoh Januari hingga Disember 2019, 5,792 unit Triton berjaya dijual berbanding tahun sebelumnya. 

Segmen trak pikap menyaksikan penguncupan sebanyak 21 peratus pada tahun lalu disebabkan oleh keadaan ekonomi yang mencabar. Biarpun begitu, Triton menjadi satu-satunya model yang mencatat pertumbuhan positif.  

Justeru, ia meningkatkan perkongsian pasarannya sebanyak  3.8 peratus kepada 16.5 peratus sepanhang tahun lalu. Selepas pengenalan Triton baharu pada awal tahun 2019, ia telah menyumbang 71.2 peratus kepada jualan MMM.  

“MMM akan terus menawarkan trak pikap dengan pengendalian terbaik menerusi model Triton Adventure Xhinggalah Triton Quest 4×2 demi memenuhi keperluan harian pelanggan.

“Kami yakin dapat mencapai sasaran jualan dan akan menawarkan khidmat terbaik kepada semua pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Tomoyuki Shinnishi. 

MMM melancarkan Triton baharu dengan rekaan Dynamic Shield pada Janari 2019. Aspek kualiti dan ciri keselamatan juga telah ditambah baik. Pada November 2019, model teratas iaitu Triton Adventure X dan

Triton AT Premium dinaik taraf, dengan lebih banyak aksesori tambahan ditawarkan oleh pengedar sah MMM. 

Syarikat juga melancarkan model Triton Quest baharu dan Triton Knight edisi khas bagi melengkapkan lagi rangkaian model Triton. Harus tahu Triton menjadi satu-satunya trak pikap yang hadir dengan jaminan selama lima tahun atau perbatuan sejauh 200,000km.

Tags
Google ads
Back to top button