,
Buletin

FERRARI JENAMA PALING KUKUH DI DUNIA, BERNILAI RM37 BILION

Ferrari dinobatkan sebagai jenama paling kukuh di dunia buat kali kedua berturut-turut oleh Brand Finance, sebuah firma perunding penilaian jenama dan dan strategi bebas antarabangsa. 

Dengan skor Indeks Kekukuhan Jenama (BSI) sebanyak 94.1 daripada 100, Ferrari mengungguli carta rating AAA+ yang turut disertai oleh 12 jenama lain. 

Dibentangkan pada acara Forum Ekonomi Dunia 2020 di Davos, laporan Brand Finance Global 500 2020 menganggarkan jenama Ferrari bernilai AS$9.1 bilion (RM37 bilion) dengan pertumbuhan tahun-ke-tahun sebanyak 9 peratus. Ia dipacu oleh angka jualan yang positif dan kekuatan jenama secara keseluruhannya. 

Brand Finance mengira nilai jenama dengan cara menganggarkan manfaat ekonomi tetap kepada pemilik jenama menerusi perlesenan tanda dagang ke pasaran terbuka.

Ia juga mengukur kekuatan jenama berdasarkan kepada keupayaan prestasi jenama berbanding pesaing mereka.  

Tags
Google ads
Back to top button