Buletin

HONDA DAN MITSUBISHI BELI SEMULA 42K UNIT KERETA KERANA MASALAH BEG UDARA TAKATA

Honda dan Mitsubishi Australia dilapor akan membeli semula 42,000 unit kenderaan mereka yang terjejas akibat masalah beg udara Takata. 

Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) memberitahu, proses memanggil semula melibatkan kereta yang dihasilkan di antara tahun 1996 hingga 2000 kerana masalah kerosakan beg udara yang serius.

Kenderaan itu mungkin dipasang dengan beg udara Takata NADI 5-AT yang menyebabkan lebih 78,000 unit dipanggil semula. 

Beg udara itu cukup berbahaya kerana berisiko diaktifkan ketika kemalangan dan mengeluarkan serpihan besi pada kelajuan tinggi yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian. 

“Dua orang pemandu maut di Australia selepas beg udara Takata meletup dan mengeluarkan serpihan besi. Jadi kami menggesa para pemilik membuat pemeriksaan dengan menghubungi pengeluar kenderaan dengan segera,” kata Pengerusi ACCC Rod Sims. 

Honda dan Mitsubishi akan membeli kenderaan itu pada harga pasaran. Selain menawarkan pengangkutan alternatif sehingga proses pembelian semula selesai. Menurut ACCC, ini merupakan panggilan terakhir berkaitan beg udara Takata NADI 5-AT. 

Masalah beg udata Takata ini menyaksikan lebih 100 juta kenderaan di seluruh dunia dikatakan tidak selamat dipandu.  

Tags
Google ads
Back to top button