Buletin

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA LANCAR BILIK PAMERAN SECARA DALAM TALIAN

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini melancarkan bilik pameran dalam talian hari ini buat kali pertamanya dalam usaha memenuhi permintaan pelanggan yang mahu membeli kenderaan Mitsubishi secara maya. 

Ia boleh didapati di pautan ini: https://www.mitsubishi-motors.com.my/onlineshowroom/

Berdepan dengan cabaran wabak COVID-19, MMM sentiasa berinovasi untuk menambah baik pengalaman pelanggan menerusi teknologi. Bilik pameran dalam talian Mitsubishi memiliki ciri-ciri berikut: 

Bilik pameran maya 360 

Menawarkan pandangan luaran dan dalaman kenderaan secara 360 darjah. Ia membolehkan pelanggan untuk zoom in dan zoom out serta melihat dari setiap arah. Setiap kenderaan Mitsubishi yang dipamerkan mempunyai satu butang interaktif. Apabila diklik, ia akan menunjukkan maklumat lanjut dan ciri-ciri utamanya. 

Selain pandangan 360 darjah, ia juga didatangkan dengan galeri yang menampilkan lebih banyak foto kenderaan dari pelbagai sudut. 

Test Drive 2U 

Perkhidmatan pandu uji pertama Mitsubishi ini mula diperkenalkan pada Mei 2020 yang membolehkan pelanggan untuk memandu uji kereta Mitsubisi dari rumah mereka. Pelanggan yang ingin memandu uji boleh memohon menerusi laman web ini. Mereka hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah sebelum pengedar sah membawa kereta Mitsubishi yang dipilih ke lokasi yang diingini. 

Bantuan tempahan 

Pelanggan yang ingin menempah tetapi keberatan untuk pergi ke bilik pameran, mereka boleh menghantar tempahan secara dalam talian. Pengedar sah Mitsubishi akan menghubungi mereka dan membantu dari segi permohonan pinjaman, insurans dan sebagainya. 

Bantuan trade-in 

MMM bekerjasama dengan MyTukar untuk menawarkan promosi istimewa untuk pelanggan yang ingin melakukan trade-in menerusi bilik pameran dalam talian Mitsubishi. Jika berminat, mereka boleh memohon pemeriksaan kereta, penyerahan, penukaran hak milik dan kutipan hasil jualan dibuat di mana-mana lokasi yang dimahukan. 

MMM turut memperkenalkan aplikasi mudah alih MITSUBISHI CONNECT sebagai kesinambungan terhadap perkhidmatan selepas jualan menerusi platform digital.

Aplikasi berkenaan menawarkan pelbagai perkhidmatan yang membolehkan pelanggan membuat temu janji servis denga mudah. Selain memantau sejarah penyelenggaraan dan menerima peringatan untuk servis yang seterusnya. 

Google ads
Back to top button