Buletin

KASTAM FILIPINA LUPUS KERETA SELUDUP BERNILAI RM5 JUTA. ADA MCLAREN 620R, PORSCHE 911, LOTUS ELISE DAN BENTLEY

Biro Kastam Filipina baru-baru ini melupuskan 21 unit kereta mewah yang diseludup masuk ke nagara itu secara haram. 

Sedia maklum, ini bukanlah kali pertama pihak berkuasa negara berkenaan membuat tindakan yang mendapat pelbagai reaksi daripada rakyatnya. Ramai yang beranggapan kereta itu boleh diberi peluang kedua untuk tujuan yang lebih bermanfaat. 

Kenderaan yang terdiri daripada McLaren 620R, Hyundai Genesis Coupe, Bentley Flying Spur, Porsche 911, Lotus Elise dan Mercedes SLK itu dianggarkan bernilai P58.55 juta (RM5 juta). Jentera itu dirampas dari beberapa pelabuhan utama Filipina di Manila dan Subic. 

Ia dibawa masuk oleh penerima berbeza dan dirampas secara berasingan bermula tahun 2018 hingga 2020. 

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan tindakan melupuskan kenderaan adalah untuk memberi mesej jelas bahawa kerajaan serius untuk membanteras kegiatan penyeludupan. 

GALERI

Google ads
Back to top button