Buletin

SAKSIKAN SEBUAH FERRARI 360 SPIDER DILUPUS JENTERA BERAT DI FILIPINA

Situasi itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan peminat kereta, malah orang awam. 

Pihak berkuasa Filipina baru-baru ini memusnahkan sebuah Ferrari 360 Spider yang didakwa diseludup secara haram ke dalam negara. 

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte sebelum ini mencipta nama dengan menyiarkan proses melupuskan kenderaan sebegitu secara terbuka di media. Kali ini, GMA News dipilih untuk merakan dan menyiarkan Ferrari tersebut dilenyek oleh sebuah jentera pembinaan besar. 

Situasi itu bagaimanapun menimbulkan kemarahan bukan sahaja dalam kalangan peminat kereta, malah orang awam. Menurut media lain, Ferarri itu sebenarnya akan digunakan sebagai kereta donor, bukannya sebagai sebuah kereta yang lengkap. 

“Kereta ini diisytiharkan sebagai alat ganti kenderaan untuk mengelak cukai, “ jelas komisioner kastam Rey Leonardo Guerrero. 

Pada Ogos tahun lalu, Duterte mengarahkan sebanyak 68 buah kereta dan motosikal dimusnahkan. Antara kereta yang dimusnahkan itu ialah Lamborghini Gallardo, beberapa unit Porsche 911, BMW, sebuah Ford Mustang Convertible, Nissan Skyline dan banyak lagi. 

Pada ketika itu, nilai semua kenderaan itu dianggarkan berjumlah AS$5.89 juta (RM24.3 juta). 

Memang Duterte ingin memberi mesej jelas kepada penjenayah, namun tindakan melupuskan kenderaan itu menimbulkan persoalan. Sedangkan kenderaan tersebut boleh djual dan kerajaan boleh mendapat untung. Berbanding memusnahkan begitu sahaja dan tiada siapa yang mendapat faedahnya. 

Bangang jugak dia ni kan.. 

Tags
Google ads
Back to top button