MARQUEZ TAWAN LITAR JERMAN. KEMBALI NAIK PODIUM SELEPAS 581 HARI
Selepas 581 hari merasai kemenangan di Valencia, Marc Marquez akhirnya menamatkan kemarau bergelar juara dengan menjuarai perlumbaan MotoGP Jerman di Litar Hohenstein-Ernstthal berhampiran Chemnitz, Jerman.
Juara dunia enam kali itu, kembali bersaing tahun ini selepas terlepas seluruh perlumbaan musim lalu akibat kemalangan mempersembahkan tunganggan mantap sekali gus mengenepikan pesaing dari Portugal, Miguel Oliveira dan pendahulu kejuaraan, Fabio Quartararo.
Ketika pelumba lain berhati-hati di atas permulaan litar basah, pelumba Honda dari Sepanyol itu sebaliknya mengekalkan tunggangan bertenaga.
“Saya tidak jangka memperoleh kemenangan hari ini, namun apabila melihat beberapa pelumba mula memperlahankan jentera pada pusingan keempat dan kelima, saya terus berkata ‘ini perlumbaan saya.
“Apabila lebih ramai memperlahankan tunggangan, saya terus ke depan dan mengambil risiko. Persaingan kedua bermula dengan Oliveira,” kata Marquez.
Quartararo kini mendahului 22 mata mengatasi Johann Zarco yang menamatkan perlumbaan pada kedudukan kelapan. -agensi