Artikel Pilihan

KELEBIHAN GEAR AUTOMATIK

Kelebihan ketara yang ada pada gear manual ialah ia membenarkan anda menukar gear mengikut firasat, kepakaran dan budi bicara anda. Anda ada kuasa penuh untuk menukar gear, bukannya bergantung pada sistem ECU. Tapi gear automatik pun ada kelebihan juga berbanding dengan gear manual.

Maka tidak hairanlah jika anda ada 10 orang kenalan, 12 daripada mereka akan membeli kereta dengan gear manual. Yang ke 13 barulah anda jumpa orang yang menggunakan gear manual mungkin disebabkan dia memandu lori. Mari kita lihat apa kelebihan gear automatik ini.

1. Gear automatik disambungkan dengan enjin melalui penukar tork yang akan menerima input tork daripada enjin dan menggandakan tork tersebut sehingga 1.7 kali ganda berbanding dengan nilai asal yang dihasilkan oleh enjin.

Hasilnya tork yang lebib besar dapat dihantar ke tayar dan pecutan yang dibuat oleh kereta automatik lebih pantas berbanding dengan gear manual. Kalau kereta manual nak potong balik pun mungkin pada gear 4 dan 5.

2. Gear automatik biasa amat mudah digunakan di jalan raya yang sesak. Ini adalah sebab utama kenapa pembeli sekarang suka membeli gear automatik, banyak sangat kereta atas jalan sehingga waktu pagi kalau tak jem memang tak sah. Letak saja tombol gear dalam D dan kawal brek anda untuk memastikan pergerakan kereta lancar

Jika anda masih muda bergetah, lutut anda masih kuat maka aktiviti menukar gear dan menekan klac amat menyeronokkan. Sehinggalah anda mengalami kecederaan ACL pada lutut, memang boleh terketar lutut lepas menghadap jalan jem walaupun sekejap. Anda perlu mahir mengawal input pedal minyak dan pedal klac bagi memastikan pergerakn anda lancar.

Paling tak syok tengah sedap layan jem naik bukit di Cameron Highland, klac habis. Tanda tanda langsung. Tau tau tak boleh jalan. Haa tolak. Abam dah kena dulu.

3. Walaupun anda belajar menukar gear dengan Dominic Toretto, namun anda masih tidak dapat menandingi kepantasan sistem gear automatik menukar gear dengan bantuan sistem Fuzzy Logic dan juga hidraulik. Tak kisah samaada gear auto biasa, CVT ataupun DSG semuanya lebih laju daripada manusia

Anda baru menekan pedal klac, sistem gear automatik sudah menukar gear dan sedia untuk memecut. Dalam situasi perlumbaan penukaran gear yang pantas membantu pemandu melakukan pecutan pantas pada gear yang tepat.

4. Sekiranya anda baru memandu kereta manual, mungkin kepunyaan kawan atau saudara mara perkara pertama yang perlu diberi perhatian bagi kereta manual ialah untuk membiasakan diri dengan sistem klac tersebut. Ada klac yang panjang, ada klac yang pendek.

Namun jika anda tak biasa, enjin boleh mati di lampu isyarat di sebelah kereta awek. Haih malunya, abam pun pernah kena. Paling tak best jika anda memandu jauh bersama kawan-kawan dan minta untuk bergilir, kawan-kawan yang buta kereta manual mesti menolak untuk memandu. Alasannya ialah tak pandai kereta manual.

Terpaksalah anda memandu seorang diri sepanjang jalan sementara kawan anda tidur dengan nyenyaknya. Dah la duit minyak dan tol kita yang payung. Siapa biasa kena? Kalau pandu kereta automatik, kemungkinan besar ada kawan-kawan yang boleh tolong bawak sekali.

5. Gear automatik zaman dulu mungkin hanya datang dengan 3 ratio ke depan berbanding dengan gear manual yang datang dengan 5 ratio. Keadaan ini menjadikan gear automatik kuat makan petrol berbanding dengan gear manual disebabkan enjin gagal beroperasi pada BSFC yang terbaik.

Gear 10 kelajuan Ford Ranger

Tapi gear auto zaman sekarang dah berubah, gear auto 4 kelajuan dijadikan semakin cekap dengan sistem tork conventer mengunci klac dengan lebih pantas, dan secara perlahan-lahan sistem CVT yang lebih cekap mula mengambil alih peranan gear 4 kelajuan. Bagi kereta yang lebih mahal, gear 6 kelajuan menjadi kebiasaan.

Malah tidak keterlaluan juga gear 7, 8 dan 10 kelajuan mulai menjadi kebiasaan bagi kereta dalam segmen premium menjadikan penggunaan petrol bagi gear automatik jauh lebih jimat berbanding dengan gear manual

6. Memandu dengan gear automatik sebenarnya lebih tenang dan relaks berbanding dengan membawa gear manual. Bayangkan jika anda setiap hari perlu menghadap kesesakan jalan, mengambil anak sekolah dan melayan karenah anak sewaktu memandu gear manual, agak sukar untuk fokus 100% pada pemanduan.

Fikiran separa sedar anda berkerja setiap masa untuk memastikan anda sentiasa membrek, menekan kla dan menukar gear yang sesuai setiap masa. Lama-lama anda jadi mental fatigue. Kalau kereta auto, letak saja tombol gear pada D, maksudnya ditanggung beres

Google ads
Back to top button