Buletin

KELIBAT PERODUA D55L MUNCUL DI PUTRAJAYA. TETAP TIADA HARAPAN LANCAR TAHUN INI

Walaupun Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad menegaskan bahawa pihaknya tidak merancang untuk melncarkan model baharu tahun ini, namun ia tetap tidak dapat mengekang minat dan keterujaan orang ramai terhadap model keluarannya. 

“Saya tidak dapat memberitahu bila. Dalam pelan asal pun, SUV tersebut memang tidak akan dilancarkan pada tahun ini. Disebabkan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan, kami harus menilai kembali perancangan asal, dan buat masa ini, kami tidak akan melancarkan model baharu dalam tempoh terdekat,” jelas Zainal. 

Model Perodua yang paling ditunggu-tunggu pastinya SUVV kompak D55L. SUV segmen B itu didakwa akan menggantikan SUV kecil Perodua iaitu Kembara dan Nautica. 

Sedia maklum bahawa D55L merupakan kembar kepada Daihatsu Rocky dan Toyota Raize yang ada dijual di Jepun. Keterujaan semakin meningkat apabila Daihatsu Indonesia memperkenalkan Rocky di  Indonesia bulan lalu. 

Terbaharu, kelibat D55L yang sarat dengan pelekat dilihat berada di luar perkarangan Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) Putrajaya. Jentera itu diletakkan di atas sebuah treler dengan banner Perodua Aruz di bahagian atasnya. Memetik laporan media Paultan.org, foto itu dirakam oleh seorang pembacanya, Abu Al Farouq. 

Tidak pasti apa yang dilakukan oleh model berkenaan di sana. Namun, ia membuatkan orang ramai kembali teringat kepada D55L selepas pasaran dikaburi oleh populari SUV terkini Proton, X50. 

Sehingga kini, media masih belum mendapat sebarang hint daripada Perodua bilakah jentera itu akan dilancarkan secara rasmi. Tekaan kami adalah sekitar suku pertama 2021. Kami juga yakin, sebaik sahaja D55L diperkenalkan, ia akan menjadi antara model paling laris Perodua. 

Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, D55L dibina di atas platform DNGA. Apa yang lebih menarik, ia bakal dikuasakan oleh enjin turbo tiga selinder 1.0L yang mampu menjana kuasa 98PS dan tork 140Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik CVT. 

Saya pernah melihat secara dekat Toyota Raize pada acara Tokyo Motor Show 2019. Memang cantik baq hang! – Paultan.org

Google ads
Back to top button