Buletin

PETRON DAN WATSONS TAWAR PULANGAN TUNAI SEHINGGA RM240K

Pelanggan Petron kini berpeluang menikmati ganjaran yang lebih menarik dengan pulangan tunai sebanyak RM3 hanya dengan pembelian di Watsons dan sebaliknya apabila mereka menggunakan aplikasi e-dompet, Boost.

Sebanyak 80,000 pulangan tunai bernilai sehingga RM240,000 boleh diperolehi melalui applikasi Boost sepanjang tempoh promosi. Pelanggan juga boleh mendapat pulangan tunai sebanyak empat kali daripada kedua-dua Petron dan Watsons apabila menggunakan applikasi Boost.

Pelanggan perlu berbelanja minima RM30 dalam satu pembelian menggunakan applikasi Boost di Watsons yang  mengambil bahagian untuk mendapatkan pulangan tunai sebanyak RM3 bagi pembelian bahan bakar di Petron. Pelanggan juga akan mendapat pulangan tunai RM3 Watsons setiap kali mereka berbelanja sebanyak RM30 dalam satu pembelian menerusi Boost di stesen Petron yang terlibat. 

Pulangan tunai akan dikreditkan ke dalam e-dompet akaun Boost pelanggan dan boleh digunakan dengan jumlah pembelian minima RM30 untuk pembelian seterusnya.

“Kerjasama dengan Boost dan Watsons adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan yang menawarkan ganjaran lebih berbaloi apabila mereka mengisi minyak di Petron. Selain itu, mereka juga akan diberikan dua mata ganjaran PMiles untuk setiap liter bahan api melalui program kad PMiles. Kami menjemput orang ramai untuk menikmati pengalaman ‘Fuel Happy’ ini bersama Petron,” kata Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy. 

Petron menerima pembayaran e-dompet daripada semua applikasi e-dompet di Malaysia termasuk Boost untuk membeli bahan api atau barang harian di kedai.

“Ekosistem e-dompet yang memberi kemudahan pembayaran dan keselamatan telah berjaya menarik minat banyak pihak, termasuk pelanggan Petron. Dengan menawarkan perkhidmatan e-dompet di stesen Petron, kami dapat memenuhi keperluan pelanggan yang mengamalkan gaya hidup digital,” kata Choong lagi.

Promosi ini berlangsung mulai 1 November sehingga 31 Disember 2020. Semua pulangan tunai perlu digunakan sebelum 14 Januari 2021.

Maklumat lanjut mengenai promosi antara Petron, Boost dan Watsons serta cara untuk mendapatkan pulangan tunai, sila layari Facebook @ PetronMalaysia, Twitter @Petron_Malaysia dan Instagram @petron_malaysia atau Facebook @myboostapp dan Instagram @myboostapp.  

Google ads
Back to top button