Buletin

CIRI-CIRI MENARIK PERODUA D55L. APA YANG KITA BOLEH TEKA SETAKAT INI

Kami tidak pasti adakah pelancaran beberapa kereta model baru akan dibuat mengikut jadual ataupun tidak pada tahun ini disebabkan penularan virus Covid 19. Sesetengah pakar meramalkan virus ini telah menyebabkan kemelesetan ekonomi yang lebih teruk berbanding apa yang dialami pada tahun 2008/2009.

Adakah Perodua D55L nanti akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini seperti yang dijadualkan? Kami pun tidak pasti. Daripada kita terus berteka-teki apa kata kita tengok apa ciri-ciri yang mungkin ada pada cross D55L ini. Seperti yang sedia maklum, D55L merupakan kembar kepada Toyota Raize dan Daihatsu Rocky.

Jadi apabila D55L wujud, besar kemungkinan ia masih mengekalkan beberapa ciri dan rekaan yang asal namun disesuaikan dengan rekaan yang lebih sesuai untuk pasaran tempatan. Jadi mari kita tengok apakah Unique Selling Point atau ciri – ciri yang menarik pada D55L

1. Unit Trenkuasa – yang merangkumi enjin dan sistem transmisi D55L ini merupakan unit enjin serba baru. Setakat apa yang kami dengar dan pasti, D55L ini akan dikuasakan dengan enjin 3 silinder turbo 1KR-VET menghasilkan 97 kuasa kuda dan 140Nm tork, hampir menyamai enjin 1500cc NA.

Ini merupakan kali pertama enjin Perodua ditawarkan dalam versi turbo, dah tak payah nak buat modifikasi sendiri dah. Buat masa ini kami tidak pasti samaada enjin 1500cc akan ditawarkan sebagai pilihan.

2. Transmisi- unik berkenaan enjin ialah setiap kali enjin baru dihasilkan ialah jurutera akan terus mereka transmisi yang sesuai untuk enjin tersebut. Dalam kes Raize dan Rocky, ia hanya ditawarkan dengan transmisi CVT. Paling unik transmisi ini digabungkan dengan gear mekanikal bagi menghasilkan pecutan yang lebih padu.

Ia dikenali dengan nama D-CVT dan penggunaan petrol dilaporkan sekitar 18.6km bagi setiap liter petrol. Sekiranya D55L menggunakan transmisi 4 kelajuan automatik, pada pandangan penulis ia hanya memakan kos yang lebih besar untuk tujuan R&D.

3. Segmen – D55L merupakan crossover dalam segmen A dengan lebar 1695mm dan tinggi 1620mm. Disebabkan saiznya kecil maka radius pusingannya ialah 4.9m sahaja, cukup sesuai untuk kegunaan bandar. Jadi tak adil la untuk D55L dijadikan lawan Proton X50.

4. Ruang Kargo – yang ditawarkan ialah sekitar 369 Liter berdasarkan kaedah kiraan VDA. Ketinggian lantai ruang kargo boleh diubahsuai agar ia mampu memuatkan barang yang tinggi . Jarak maksima dari lantai ke bumbung ialah sekitar 1105mm.

5. Rekaan Dalaman – nampak moden dan mahal. Dengan jarak antara roda pada 2525mm ia menawarkan ruang kabin yang besar untuk crossover segmen A. Hip Point antara penumpang depan dan belakang adalah sejauh 900mm

6. Ruang simpanan tambahan yang banyak – terdapat tempat: A. tempat meletak minuman, B. Glove box, C. tray dengan LED, D. tray di bawah kusyen depan, E. poket tepi konsol tengah G. tempat meletak botol minuman, H. tempat meletak tangan dengan ruang simpanan I. poket kusyen J. ruang simpanan meletak botol minuman dan K. Penyangkut untuk menggantung beg.

7. Paparan meter instrumen dan kawalan yang lebih baik – Gambar di atas adalah mengikut rekaan Raize, namun kami percaya rekaan asas papan pemukanya adalah hampir sama. Apa yang berbeza ialah rekaan logo, unit kawalan penyaman udara dan mungkin ciri cupholder yang berada dekat dengan corong penyaman udara adalah khas untuk Toyota.

8. Aspek keselamatan – berdasarkan sistem ASA 2.0 yang digunakan pada model Aruz, Bezza dan Axia akan digunakan pada D55L ini. Mungkin juga ia akan ditambah dengan beberapa ciri tambahan seperti sistem pengawasan titik buta, sistem amaran lintasan belakang dan sistem lampu depan adaptif.

Sistem tambahan lain seperti Lane Keeping Assist, Sistem Pemanduan Adaptif, dan Lane Departure Warning mungkin akan dikhususkan pada kenderaan Toyota yang menggunakan sistem Toyota Sensing.

9. Sistem Sambungan Pintar – yang akan menghubungkan telefon pintar anda dengan dengan sistem infotainmen. Kami tidak pasti berapakah kos sistem sambungan pintar ini namun ada kemungkinan ia hanya akan ditawarkan pada varian premium sahaja.

10. Harga- ini masih lagi menjadi teka teki. Berapakah harga yang sesuai dengan semua ciri-ciri yang ada pada D55L. Aruz 1.5X ditawarkan pada harga RM72,900 manakala Myvi 1.5V ditawarkan pada harga RM 54,000. Alza pula ditawarkan pada RM 62,000 bagi varian 1.5 AV.

Jadi pada pandangan kami D55L akan ditawarkan antara harga RM62,00-RM72,000 di mana terdapat kekosongan di antara julat harga tersebut. Tapi ia bergantung pada strategi harga yang digunakan oleh Perodua, mana tahu ia mampu menawarkan D55L pada harga permulaan di bawah 60K.

Google ads
Back to top button