Artikel Pilihan

DAIHATSU NEW GLOBAL ARCHITECTURE, BAKAL DIGUNAKAN PADA SUV D55L

Pada mulanya kami menjangkakan crossover baru Perodua iaitu D55L akan menggunakan cesi kereta kompak dengan beberapa pengubahsuaian untuk dijadikan crossover. Namun desas desus terkini kuat menyokong teori bahawa crossover D55L ini akan menggunakan cesi terbaru yang dikenali dengan nama Daihatsu New Global Architecture

DNGA ini merupakan derivatif yang berasal daripada Toyota New Global Architecture ataupu TNGA. Dalam konsep DNGA, ia bukan sahaja melibatkan rekaan cesi namun ia meliputi cara kerja pemasangan di kilang dan juga perancangan model-model yang akan berkongsi platform, barisan pemasangan dan juga mesin yang akan digunakan.

Platform modular DNGA ini akan mempercepatkan proses kajian dan pembangunan yang melibatkan rekaan susunan tempat duduk, sistem gantungan, titik pemasangan sistem trenkuasa, penekanan kepada kekuatan cesi bagi melindungi penumpang sewaktu kemalangan.

Teknik ini hampir sama dengan konsep TNGA dimana Daihatsu akan memastikan komponen kereta boleh dikongsikan sehingga 75% diantara model yang berlainan, masa pembangunan dipendekkan dan menjelang tahun 2021, DNGA akan diaplikasikan pada 21 buah model yang berlainan yang dijual di seluruh dunia.

DNGA juga memberi penekanan untuk meningkatkan ketegaran cesi sehingga 30% berbanding dengan cesi asal. Angka ini dicapai dengan menukar material kepada besi keluli bertekanan tinggi (440Mpa atau lebih) pada bahagian lantai dan juga kerangka atas cesi. Bahagian asas platform iaitu lantai akan direka semula bagi memastikan ia melindungi penumpang ketika kemalangan

Bagi memastikan paltform DNGA ini kekal ringan, ia akan menggunakan komponen plastik pada bahagian yang strategik dan sambungan cesi akan diperkukuhkan dengan resin. Hasilnya cesi platform DNGA ini bukan sahaja lebih kuat, malah model baru seperti Tanto berjaya mengurangkan berat sehingga 80kg.

Sesetengah komponen luaran seperti model Wake telah dibangunkan dengan menggunakan resin bagi menggantikan panel keluli dalam usaha mengurangkan berat struktur. Malah tangki petrol juga dibangunkan dengan menggunakan resin namun diperkukuhkan dengan menggunakan rekabentuk berlian bagi perlindungan tambahan

Trenkuasa serba baru bagi model D55L yang menggunakan enjin 1KR-VET yang cekap tenaga dan berkuasa. Anda boleh membaca maklumat lanjut berkenaan enjin tersebut di SINI. Transmisi CVT serba baru yang dikenali dengan nama D-CVT yang menggabungkan gigi gear pada transmisi CVT digunakan. Malah Daihatsu menukar rekaan perumah CVT dengan mengurangkan ketebalannya bagi mengurangkan berat.

Dengan menggunakan platform DNGA yang serba baru, Daihatsu juga boleh membangunkan sistem keselamatan Smart Assist generasi ketiga ataupun jika digunakan pada model Perodua ia dikenali dengan nama Advanced Safety Assist. Jika ASA hanya merangkumi sistem amaran pra-perlanggaran, sistem brek pra perlanggaran dan pedal misoperation, sistem terbaru lagi camggih

Disebabkan cesi ini sudah menyediakan platform yang sesuai bagi pemasangan sistem keselamatan aktif yang menggabungkan sistem transmisi, brek dan cesi, adalah mudah bagi Daihatsu mengintegrasikan sistem keselamatan tambahan.

Ini termasuklan Lane Keeping Control, Lane Departure Warning System, Adaptive Front Light System, Sistem Amaran Titik Buta, Sistem Amaran Trafik Lintasan Belakang, Sistem Kawalan Pemanduan Adaptif, dan juga Sistem Parkir Pintar dengan Kamera 360 darjah

Ya sudah tentu kos pemasangan sistem ini akan menjadikan crossover terbaru D55L menjadi lebih mahal, namun sekiranya ia ditawarkan pada varian paling atas, kami yakin sambutan yang bakal diterima bakal membuatkan Perodua terpaksa bekerja 8 hari seminggu.

Google ads
Back to top button