Buletin

KELUARAN VW PASSAT SEDAN DITAMATKAN DI EROPAH – MODEL GENERASI DIDATANGKAN SEBAGAI WAGON

Setelah menghentikan pengeluaran di Amerikat Syarikat tahun lalu, Volkswagen turut mengumumkan VW Passat sedan akan digugurkan di Eropah.

Menurut Bos syarikat, Thomas Schafer, model generasi baharu bakal didatangkan sebagai wagon walaupun Passat sedan merupakan kereta terlaris di Eropah tahun lepas.

Maklumat lain, penghantaran Passat baharu dijadualkan bermula bulan September, manakala pendedahan rasmi dibuat pada musim panas ini atau lebih awal lagi.

Tambah Thomas Schafer, kereta bersaiz sederhana itu tidak lagi dibuat di Emden (Jerman) kerana pusat pengeluaran berpindah ke Bratislava (Slovakia).

Selain Passat, pemasangan Skoda Superb juga dipindahkan dari Kvasiny (Republik Czech) ke kilang di Bratislava.

Untuk rekod, Superb ialah kereta kedua terlaris dalam segmennya, selepas Passat pada 2022.

“Superb baharu ditawarkan dalam kedua-dua gaya liftback dan badan wagon sementara penghantaran model perdana Skoda bermula menjelang akhir tahun ini,” Jelas Thomas Schafer.

Walaupun Passat Sedan secara rasmi tiada lagi, VW masih menawarkan Arteon sebagai pengganti. Menariknya, Schäfer berkata Passat generasi seterusnya dibangunkan oleh Skoda, tetapi tiada perincian lebih mendalam didedahkan.

Oleh itu, kita menjangkakan ia dibina atas platform MQB dengan enjin petrol dan diesel yang lebih bersih serta direka bentuk untuk memenuhi peraturan Euro 7.

Google ads
Back to top button