Buletin

DELTA4x4 LANCAR AKSESORI UNTUK VW MULTIVAN T7

Syarikat pengeluar aksesori aftermarket Jerman Delta4x4 melancarkan pakej kit badan yang dikhususkan untuk peminat aktiviti outdoor yang menggunakan Volkswagen Multivan T7 yang baharu.

Pakej Odelzhausener itu membawakan kelengkapan seperti penyerap hentak Bilstein dan spring gegelung Eibach yang mampu meninggikan jarak kelegaan bumi sebanyak 40 mm.

Rim bersaiz 18 inci warna hitam kusam itu boleh dibaluti dengan tayar all-terrain Loder AT #1, dan terdapat pilihan rim bersaiz 20 inci yang turut disediakan.

Selain itu, pemilik boleh memasang rak bumbung, fender flare yang lebih lebar, kemasan badan dua tona serta pendakap hadapan keluli tahan karat setebal 76 mm.

Delta4x4 tidak hanya menjual kesemua komponen yang disebutkan itu sebagai satu pakej lengkap, anda boleh memilih untuk membeli pakej yang ditawarkan secara berasingan.

Seperti contoh, kit suspensi hanyalah berharga sekitar €1,399 (RM6,621) sementara set rim dan tayar all-terrain itu pula memerlukan anda menambah sebanyak €3,911 (RM18,508).

Google ads
Back to top button