
5 ENJIN PORSCHE YANG BERMASALAH, TAPI POWER
Porsche merupakan satu jenama supercar yang sinonim dengan prestasi tinggi, kejituan kejuruteraan, inovasi dan juga merupakan jenama paling banyak memenangi perlumbaan Le Mans 24 Jam. Walaupun menghasilkan pelbagai jenis supercar dengan enjin yang berkuasa tinggi tapi tak semua enjin yang dihasilkan oleh Porsche menjadi
Dari masalah keboleharapan enjin kepada kegagalan komponen menyebabkan Porsche membaiki segala kecacatan yang ada pada enjin ini untuk menjadi lebih baik dan lebih bagus. Antara enjin-enjin yang bermasalah ini termasuklah:
1. Enjin Porsche M96 – enjin 6 silinder Boxer dengan pilihan 2500cc, 2700cc, 3200cc, 3400cc dan 3600cc. Enjin 2500cc terkenal dengan masalah cylinder liner yang crack disebabkan masalah kualiti manakala varian lain terkenal dengan masalah Intermediate Shaft Bearing (IMS)
IMS ini berada di antara flywheel dan juga aci engkol dengan bearing yang rosak ini menjejaskan keseluruhan enjin, mungkin seawal 5000km. Bearing dengan kod 5204 ini digantikan dengan single row 6204 bearing yang lebih kuat bagi mengatasi masalah ini.

2. Enjin 4500cc V8 Turbo – dipasang pada SUV ultra mewah dan laju iaitu Cayenne yang menggabungkan kelajuan dengan kemewahan. Namun enjin V8 4500 yang menjana sehingga 450 kuasa kuda tidak dapat lari daripada masalah disebabkan sistem paip enjin
Paip penyejukan udara yang digunakan untuk tujuan penyejukan dihasilkan daripada plastik mudah untuk rosak disebabkan terdedah kepada haba enjin dan turbo yang panas. Masalah ini boleh diselesaikan oleh pemilik dengan menggantikan paip yang rosak tadi dengan paip aluminium
3. Enjin 3600cc 6 silinder Boxer – digunakan pada model Porsche 996 dan Cayman 997 ini menjana sehingga 360 kuasa kuda bagi varian aspirasi Normal manakala varian turbo datang dengan 2 perisa samaada 414 kuasa kuda ataupun 450 kuasa kuda.
Sama seperti enjin M97 enjin ini mempunyai masalah Rear Main Seal, yang terletak pada bahagian belakang enjin dimana aci engkol bersambung dengan flywheel dan sistem klac. Masalah ini boleh diselesaikan dengan membuka keseluruhan kotak gear dan menukar Rear Main Seal

4. Enjin Porsche M48 and M48.5 – merupakan enjin 8 silinder dalam susunan V8 samaada 4500cc ataupun 4800. Bagi varian 4500cc ia berupaya menjana antara 450 sehingga 520 kuasa kuda bergantung pada tetapan turbo. Bagi varian aspirasi normal 4800cc ia menjana 385 sehingga 405 kuasa kuda
Kedua dua enjin ini datang dengan masalah salutan pada bahagian dalam silinder tidak cukup lasak sehingga merosakkan bahagian dalaman silinder apabila bergeser dengan piston. Keadaan ini menyebabkan enjin makan minyak silinder, missfire, knocking dan hilang kuasa.
5. Enjin M96.79 – digunakan pada model Porsche 911 GT3 2014 yang merupakan model homologasi perlumbaan untuk digunakan atas jalan raya secara sah. Ia dipasang dengan enjin 3800cc 6 silinder boxer yang berupaya menjana sehingga 375 kuasa kuda.
Masalah enjin ini ialah enjin akan terbakar dan telah membabitkan 2 kes disebabkan masalah pengikat connecting rod tidak cukup kuat, sehingga menyebabkan aci engkol terbuka dari enjin. Porsche telah memanggil balik semua model terlibat bagi membaiki masalah ini

Semua masalah ini telah berjaya diatasi dan sehingga ke hari ini Porsche sentiasa cuba membaiki kualiti enjin yang dihasilkan oleh mereka.

