
KENAPA HIBRID HEV JEPUN GUNA ENJIN NA? TAPI CHINA GUNA TURBO
Kalau anda perasan, hampir semua enjin yang digunakan untuk mengecaj bateri HEV bagi kenderaan yang dihasilkan oleh pengeluar kereta China dipasang dengan sistem turbo. Bagi anda yang kurang arif, kebanyakan kereta HEV menggunakan enjin semata mata untuk mengecaj bateri sahaja
Kuasa untuk menggerakkan kenderaan akan dikuasakan sepenuhnya dengan menggunakan motor elektrik. Secara logik adalah lebih baik menggunakan enjin aspirasi normal berbanding dengan enjin turbo sekiranya ia hanya digunakan untuk mengecaj bateri
Namun pemilihan rekaan enjin HEV samaada untuk menggunakan enjin aspirasi normal ataupun enjin turbo bergantung pada falsafah reka bentuk, sasaran pengguna dan juga objektif rekaan kenderaan
Bagi kereta HEV buatan Jepun, enjin aspirasi normal yang digandingkan dengan sistem hibrid memenuhi kehendak rekaan mereka iaitu:
1. kecekapan bahan api dan ketahanan jangka hayat enjin – jurutera Jepun cenderung memilih enjin NA disebabkan enjin ini lebih ringkas, beroperasi dalam keadaan yang kurang tertekan berbanding enjin turbo lantas menjadikan enjin NA memiliki jangka hayat yang lebih lama
Bagi Jepun, sistem hibrid adalah sudah cukup kompleks dan memadai ia digandingkan dengan enjin NA. Apatah lagi enjin HEV memberi fokus pada kelajuan rendah dan sederhana manakala pada halaju tinggi enjin akan digunakan
2. HEV bukan untuk kuasa tapi pemanduan lancar – jika anda pernah memandu HEV, anda akan dapati karekter Honda e:HEV adalah seperti kereta elektrik pada kelajuan rendah dengan penghantaran kuasa yang lancar dan linear
3. Keadaan pemanduan – walaupun Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang baik, masih ada pemandu Jepun yang memandu dan terpaksa menempuhi kesesakan jalan raya. Bagi pengguna Jepun, enjin NA dan hibrd adalah lebih sesuai untuk keadaan trafik yang senstiasa bergerak dan berhenti
Namun berbeza dengan pengguna di China, enjin turbo dan sistem hibrid menawarkan satu dimensi luar biasa bagi mereka. Kuasa kuda yang tinggi dan tork yang bertenaga
1. Pengguna China suka spesifikasi power – jika dibandingkan dengan enjin NA yang digandingkan dengan hibrid, enjin turbo dengan hibrid akan menjana kuasa yang cukup luar biasa. Kuasa ini akan diterjemahkan dalam masa pecutan 0-100km/jam dan halaju tertinggi
Kalau boleh semua dimensi prestasi ini hendaklah ditonjolkan pada kertas brochure dan dijadikan bahan modal untuk jualan. Berkuasa dan menjimatkan, kerana itulah yang dimahukan oleh pengguna China
2. Pasaran automotif China Kompetitif – berbanding dengan pasaran lain, persaingan bagi industri automotif China sangat sengit. Untuk bersaing sesama sendiri, penawaran sistem HEV yang berkuasa adalah satu kelebihan yang besar
3. Saiz Enjin Kecil – penggunaan sistem turbo juga membenarkan pengeluar kereta China menggunakan enjin yang lebih kecil berbanding dengan enjin NA. Keadaan ini akan menghasilkan sistem HEV yang ringan dan berkuasa tinggi tanpa memerlukan enjin yang besar.
3. Pengecasan lebih pantas – enjin turbo pada sistem HEV atau yang beroperasi pada RPM yang tetap, boleh menghasilkan kuasa elektrik yang tinggi bagi tujuan pengecasan yang lebih pantas. Ini membantu kenderaan HEV menggunakan mod elektrik pada kebanyakan masa
4. Bantu sistem PHEV – bagi sistem hibrid plug in, apabila bateri habis maka enjin perlu bekerja dengan lebih keras untuk menggerakkan kenderaan, apatah lagi PHEV yang menggunakan enjin kecil.
Bayangkan jika sistem PHEV ini menggunakan enjin NA, sudah tentu prestasi enjin akan merosot. Namun sistem turbo akan mengurangkan defisit kuasa dan mengekalkan prestas sistem PHEV dengan lebih baik